Seabad Tun Dr Mahathir, ‘Throwback’ Detik Manis Dalam Pembangunan Malaysia

17 hours ago 7

Hari ini genap 100 tahun usia Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang tokoh penting dalam politik Malaysia serta mantan perdana menteri (PM) selama dua penggal yang menjadikannya PM 24 tahun.

Beliau yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 10 Julai 1925 itu merupakan seorang doktor perubatan kelulusan Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura pada tahun 1953.

Tidak hairanlah beliau dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia kerana banyak jasanya dalam pembangunan serta pemodenan Malaysia, ini antara momen penting dalam kerjayanya;

1. Pembangunan ekonomi

Dasar Pandang ke Timur

Dr Mahathir melancarkan Dasar Pandang Ke Timur pada 1980-an, menggesa rakyat Malaysia untuk mencontohi etika kerja dan amalan perniagaan Jepun dan Korea Selatan.

Dasar itu mencerminkan wawasannya yang lebih luas untuk memperindustrikan Malaysia dan mengurangkan pergantungan kepada model Barat.

Tun Dr Mahathir Mohamad 1

Selain itu, pada era beliau mentadbir Malaysia ketika tahun 1981 sehingga 2003 kita dapat melihat infrastruktur berkembang pesat ini termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dan pembangunan Putrajaya sebagai ibu kota pentadbiran Malaysia.

Tidak dapat dilupakan, pada 1998, Menara Berkembar Petronas yang ikonik menjadi simbol aspirasi serta pembangunan pesat Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

Artikel berkaitan: Timang Bayi Sulung, Isa Isarb Harap Anak Bakal Jadi Orang Hebat Setanding Tun M

Artikel berkaitan: “Saya sedih tidak terhingga” –  Tun M Luah Rasa Sedih Pemergian Tun Daim

2. Menangani krisis kewangan Asia 1997

Pada kemuncak krisis kewangan pada tahun 1997, Dr Mahathir melawan nasihat ekonomi konvensional dengan menolak bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Sebaliknya, beliau mengenakan kawalan modal dan menetapkan kadar pertukaran ringgit untuk membendung pengaliran keluar dana dan menstabilkan ekonomi.

Keputusannya, yang kontroversi pada masa itu, kemudian dipuji kerana membantu Malaysia pulih lebih cepat daripada kebanyakan rakan serantaunya.

3. Serangan Subuh Guthrie

Dikenali sebagai London Dawn Raid atau Serangan Subuh Guthrie ialah operasi pengambilalihan korporat yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981 bagi memperoleh kawalan ke atas Guthrie Corporation, sebuah syarikat perladangan milik British.

Operasi ini melibatkan pembelian pantas saham Guthrie di Bursa Saham London, membolehkan Malaysia memperoleh pegangan majoriti dan mengembalikan pemilikan kira-kira 200,000 ekar (800 km²) tanah perladangan kepada negara.

Dirancang oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh Mahathir Mohamad, serangan ini berjaya kerana dilaksanakan tepat ketika pasaran dibuka, memberi kelebihan taktikal kepada Malaysia. Kejayaan ini menjadi titik penting dalam sejarah ekonomi negara, menandakan pemulangan aset strategik yang sebelum ini dikuasai oleh entiti asing.

4. Perindustrian dan kelahiran Proton

Tonggak utama pemacu perindustrian Dr Mahathir ialah penciptaan kereta nasional.

Pertama kali dicadangkan pada 1979, Projek Kereta Nasional mendapat kelulusan Kabinet pada 1982. Proton merupakan singkatan kepada Perusahaan Otomobil Nasional  ditubuhkan pada 1983 dengan kerjasama Mitsubishi Corporation.

b8e9afc2efad41098ff9160cc47f0afa

Langkah itu adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mengalihkan ekonomi Malaysia daripada pertanian kepada pembuatan.

5. ‘Comeback‘ dalam gelanggang politik di usia 92 tahun

Pasti semua ingat tentang satu peristiwa yang luar biasa, di mana Dr Mahathir kembali aktif dalam politik pada 2018.

Beliau kemudiannya membentuk pakatan dengan bekas pesaingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti Democratic Action Party (DAP) untuk mencabar perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

553 3

Di bawah gabungan Pakatan Harapan, Dr Mahathir mengetuai Pembangkang mencapai kemenangan bersejarah, menamatkan cengkaman Barisan Nasional selama beberapa dekad. Malah, beliau juga menjadi perdana menteri paling tua di dunia pada usia 92 tahun.

Bagaimanapun, penggal kedua beliau hanya bertahan selama 22 bulan, berakhir pada awal 2020 berikutan pembelotan dan pergeseran pakatan politik yang menyebabkan kerajaannya tumbang.

Banyak lagi jasa Tun M kepada Malaysia tapi ini antara yang ikonik sepanjang karier beliau, selamat hari lahir, Tun M!

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |