Netizen Kurang Senang Dengan Kenyataan Bapa Abang Aji, Jurulatih ‘Fitness’ Tegur Jangan Jadi ‘Racist’

17 hours ago 7

Kenyataan yang dimuat naik bapa kepada pempengaruh cilik yang dikenali sebagai Abang Aji telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Mohd Redzuan Zainol menerusi satu hantaran video di TikTok mendakwa semua kandungan yang memperlihatkan anak lelakinya makan hanyalah hiburan semata-mata.

Katanya, dia tidak mengambil ringan tentang pemakanan anaknya yang berusia empat tahun itu dan menjelaskan saiz badan Abang Aji tidak seperti kanak-kanak lain kerana pengambilan susu.

Difahamkan, video penjelasan itu ditujukan kepada seorang jurulatih kecergasan yang meluahkan kerisauan mengenai saiz badan kanak-kanak tersebut.

Artikel berkaitan: “Semua tu edit. Dia makan sihat” – Ditegur Saiz Badan Anak Besar Dari Usia, Bapa Abang Aji Tampil Tepis Dakwaan

Artikel berkaitan: “Jangan risaulah” – Bapa Bersuara Lepas Ditegur Doktor Bagi Anak Habiskan Semangkuk Gulai Kaki Ayam

2734475

Jurulatih kecergasan bidas kenyataan

Tidak lama kemudian, jurulatih kecergasan itu tampil mempertahankan dirinya dan membidas kenyataan Redzuan berikutan digelar ‘warga asing’.

Menerusi video balasnya, Tareq Fit mempersoalkan penggunaan perkataan ‘warga asing’ yang disebut oleh Redzuan.

“Kenapa kena guna bahasa bangsa untuk balas orang lain? Kalau kau tak boleh terima teguran aku terpulang, tapi jangan jadi racist,” ujarnya.

Malah, Tareq juga mengingatkan bahawa Islam sendiri tidak pernah mengajar umatnya untuk bersikap perkauman atau membenci atas dasar bangsa.

Tambahnya, dia tidak kisah jika Redzuan tidak bersetuju dengan tegurannya namun menegaskan untuk tidak bermain isu sensitif.

@tareqfit

video pada kau Habibi Ayah budak comel( abg aji ❤️) #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok❤️

♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT

Bimbang konten jadi ikutan kanak-kanak lain

Pada masa yang sama, Tareq menyatakan kebimbangannya bukan sahaja tertumpu kepada Abang Aji, tetapi turut risau dengan kesan jangka panjang pada kanak-kanak lain yang terpengaruh dengan konten itu.

“Kau kata benda ini hanya lakonan tetapi budak lain yang tak tahu akan ikut dan jadi normalisasi.

“Mereka mungkin akan ikut sebab tengok anak kau comel, famous dan influencer. Kau kongsi konten yang akan memburukkan kesihatan masyarakat.”

Tareq juga melahirkan rasa prihatin terhadap keadaan fizikal Abang Aji yang menurutnya tidak sesuai untuk usia kanak-kanak.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |