“Maaf atas ketidakpekaan” – Auntie Ja Jawab Isu Tiada Sijil Halal Jakim Di Suka Dessert

6 hours ago 5

Bagi penggemar coklat dan manisan, restoran Suka Dessert bukanlah sesuatu yang asing kerana menunya yang berasaskan coklat sering menjadi tular di media sosial.

Namun, baru-baru ini timbul persoalan daripada orang ramai tentang status halal kedai manisan popular ini.

Ia susulan tular satu video yang mendedahkan Suka Dessert tidak mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas beroperasi lebih daripada lima tahun.

Artikel berkaitan: “Rasa dulu baru judge” – Ramai ‘Complain’ Satu Kon Aiskrim RM 18, Peniaga Tampil Bagi Penjelasan

Artikel berkaitan: “No pork, no lard, no alcohol” – Tular Ada Bahan Mencurigakan, Lavender Tepis Dakwaan Guna Alkohol

@sukadessert.hq

Waktu tula nak buat video, waktu tu jugak lah rushing nak pergi meeting. Darlings enjoy jelaa video makan Auntie Ja yaaa😄😍

♬ original sound – Sukadessert.hq – Sukadessert.hq

“Maaf ketidakpekaan Auntie Ja”

Sehubungan itu, pengasas Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali, 38, atau lebih mesra dengan panggilan Auntie Ja tampil menjawab berkenaan isu terbabit.

Katanya dalam satu kenyataan, dia mengakui atas kekhilafan yang tidak cakna mengenai permohonan sijil halal atas perniagaan makanannya.

Jelasnya, dia membuat kesilapan kerana tidak mengutamakan untuk memohon sijil halal kerana terlalu memfokuskan kepada perkara lain.

Namun, Auntie Ja menegaskan barangan import seperti dairy product, non-dairy product dan sebagainya mempunyai sijil halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim.

“Kesilapan saya adalah melaburkan modal syarikat pada mesin, kursus pembelajaran staf, pengubahsuaian kedai dan lain-lain tetapi saya tidak mengutamakan permohonan sijil halal daripada Jakim.

“Saya cakna dengan perkara ini dan akan segera meneliti dan mengusahakan untuk membuat permohonan halal dari Jakim.”

Screenshot 2025 06 17 165711

Sementara itu, berkaitan isu bekalan pastri, Auntie Ja berkata pemilik Enchante Patisserie seorang Melayu Islam.

Namun begitu, demi menjaga nama baik kedua-dua belah pihak, dia memutuskan untuk menghentikan pengambilan stok pastri serta-merta dari Enchante Patisserie.

Screenshot 2025 06 17 165702Screenshot 2025 06 17 165649

Beliau sekali lagi memohon maaf atas ketidakpekaan untuk membuat permohonan sijil halal Jakim dan berterima kasih kepada pihak yang memberi teguran.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |