lembu korban terjatuh telaga

Umat Islam di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu semalam. Sambutan Aidiladha sudah tentulah sinonim dengan ibadah korban.

Sepanjang ibadah korban yang dijalankan ketika sambutan Aidiladha semalam, dapat dilihat pelbagai gelagat haiwan seperti lembu yang sepatutnya dikorbankan apabila haiwan-haiwan tersebut ada yang terlepas, lari dan sebagainya.

Namun, ada juga kejadian yang sedih ketika ibadah korban semalam seperti di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan ini apabila seekor lembu korban yang sepatutnya dikorbankan tidak dapat disembelih apabila haiwan tersebut mati akibat terjatuh dalam sebuah perigi.

Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerusi Facebook.

Artikel Berkaitan: “Ada mi tarik!” – Pemuda Kongsi Suasana Cina Muslim Sambut Raya Aidiladha Di Klang

Artikel berkaitan: Viral Setiap Kali Aidiladha, ‘Abang Baju Oren’ Tampil Nyanyikan Semula Lagu Panggilan Haji

lembu korban terjatuh perigi

Pasukan APM telah ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan lembu yang  telah mati itu setelah terjatuh daripada telaga berkenaan.

Meskipun lembu berkenaan tidak dapat diselamatkan, operasi yang dijalankan telah tamat dengan baik tanpa sebarang insiden kecederaan atau risiko keselamatan kepada yang lain,” – APM

lembu korban

Sumber: Facebook APM Negeri Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.