Keselamatan diri ketika berada di luar perlu dijaga, pun begitu ada kalanya perkara tak disangka boleh berlaku.
Baru-baru ini, seorang lelaki kantoi merakam bawah skirt seorang wanita ketika dia dan anaknya ingin menaiki MRT.
Artikel berkaitan: Ibu Mangsa Tidak Rela Kejadian Menimpa Anaknya Terjatuh Dari Tingkat 30 Dirakam & Disebarkan
Artikel berkaitan: Polis Selesai Rakam Percakapan Kes S*ksual Artis Popular, Didakwa Pertama Kali Berjumpa Mangsa
Hati-hati kepada semua perempuan diluar sana, especially yang selalu guna public transportation. Ada ramai lelaki pervert yang gatal duk rakam video sana sini. Semoga diberikan hukuman yang sepatutnya. 💩
Credits owner: shuqi97 pic.twitter.com/djX7x0c2JW
— ۟ (@twitmarhaen) June 23, 2025
Lelaki muda itu kemudiannya merayu meminta dilepaskan sehingga memegang kaki individu yang mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Suami mangsa segera merampas telefon, mencekup leher dan membawanya berjumpa petugas MRT. Lelaki muda itu bagaimanapun memberi alasan tidak sengaja dan hanya merakam sekitar MRT.
Dalam video yang tular itu, kedengaran pelaku itu merayu-rayu sambil berkata, “Uncle please I’m begging,” selepas ditangkap melakukan perbuatan menjijikkan itu.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut berkenaan kes tersebut namun ramai netizen mengharapkan agar pelaku itu dikenakan tindakan yang berat.
Sumber: X