6ular

Seorang lelaki cedera selepas dipatuk ular berbisa ketika sedang mengambil wuduk berhampiran tandas Taman Awam Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang dan mendapat perhatian pantas daripada Petugas Menara Penyelamat Pantai (MPP) Tanjung Aru yang memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dia dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Memetik laporan Harian Metro, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut dan segera memaklumkan kepada petugas MPP yang berada berhampiran.

Screenshot 2025 06 15 at 11.31.34 AM

Menurut Aizex, anggota bertugas segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 200 meter dari menara penyelamat untuk membuat penilaian awal terhadap keadaan mangsa yang dianggarkan berusia 30-an. Berdasarkan keterangan awal dan pemerhatian, ular yang mematuk mangsa dipercayai merupakan spesies ular tedung.

Dalam masa sama, pihaknya turut menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Kinabalu untuk menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) menggunakan ambulans APM. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan susulan sebaik tiba di hospital.

Baca: “Besar betul” – Ular Sawa Besar Jatuh Dari Siling Rumah, Larikan Diri Ke Tandas

Screenshot 2025 06 15 at 11.31.03 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.