“Lebih baik balik agama I” – Wanita Mualaf Ditinggal Suami, Hidup Susah Hingga Terpaksa Minta Bantuan Gereja

3 hours ago 3

Seorang usahawan dan pempengaruh media sosial, Ariff Peter ada berkongsi sebuah video di Instagram semalam berkenaan luahan hati seorang wanita mualaf yang telah ditinggalkan suami.

Menerusi video tersebut, wanita mualaf yang enggan dikenali ini menceritakan liku-liku kehidupannya selepas memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.

Dedah wanita itu, pada awalnya, dia dengan rela hati meninggalkan keluarga demi berkahwin dengan suaminya yang berjanji untuk memberikan kehidupan yang lebih baik selepas mereka bernikah.

Saya tinggalkan family saya dan memeluk agama Islam. Suami saya sebelum kahwin dia janji nak bagi saya kehidupan yang lebih baik. Nak saya convert baru boleh kahwin. 

“Tapi selepas kahwin, sekarang saya mengandung, dia ada perempuan lain. Tinggalkan saya. Maaf tak ada offensive, saya sekarang memang trauma dengan lelaki Melayu di Malaysia,” katanya.

Artikel berkaitan: “Tak ada orang baca Yasin” – Mimi Peri Kongsi Kisah Duka Bapa Meninggal Terkena Sihir Selepas Jadi Mualaf

Artikel berkaitan: “Kalau tak kuat, saya dah telan” – Maryam Kongsi Cabaran Jadi Mualaf Ketika Puasa Di Korea

Terpaksa minta tolong dari gereja selepas ditolak masjid & pusat zakat

Menurut wanita mualaf itu lagi, disebabkan dia kini hamil, dia tidak mampu bekerja dan tiada wang untuk menanggung kehidupan.

Dakwanya, dia pergi ke masjid untuk meminta pertolongan, namun pihak masjid menganggapnya sebagai ‘scammer’ pula.

Saya pergi masjid minta tolong. Tapi orang masjid ingat saya scammer. Dia halau saya, tak mahu peduli saya.  

“Saya cuba minta tolong daripada (pusat) zakat. Tapi katanya perlu ada suami, ini compulsory (wajib). Suami saya sudah tinggalkan saya. Dia pergi mana pun saya tak tahu. Saya dah pening, tak tahu nak buat macam mana. Siapa nak tolong saya?” luahnya.

Berasa semakin terdesak dan tidak tahu membuat apa, wanita mualaf ini kemudian meminta bantuan daripada pihak gereja yang kemudian menghulurkan pertolongan.

Jadi pilihan terakhir, saya pergi gereja minta tolong. Mereka mahu membantu saya. Mereka bagi saya pendapatan, mereka cuba bantu saya. 

“Lebih baik banding dengan masjid dan pusat zakat. Saya rasa lebih baik balik agama saya, hidup saya lebih baik,” katanya dengan nada menyesal.

“Masjid mana tu tak siasat dulu?” 

Perkongsian daripada Ariff Peter ini telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata mengecam tindakan pihak masjid dan suami wanita mualaf itu yang tidak bertanggungjawab.

Malah ada juga yang mengatakan pihak gereja lebih proaktif dalam membantu wanita atau ibu tunggal dalam kesusahan.

bantu 1 down

Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen yang berharap wanita dikuatkan imannya dan ada orang baik-baik yang datang membantu dalam kesusahan.

Pelakon Yana Samsudin juga ada menyatakan beberapa pertubuhan bertanggungjawab membantu golongan mualaf yang dalam kesusahan.

positif 1 down

Semoga apa yang berlaku ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Harap pihak masjid dan pusat zakat ambil cakna akan hal tersebut. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |