8EU

Kesatuan Eropah (EU) berpotensi mengambil langkah drastik terhadap Israel apabila Suruhanjaya Eropah kini sedang menyediakan laporan undang-undang yang mungkin membuka jalan kepada pelaksanaan sekatan separa terhadap negara itu.

Laporan tersebut dijangka dibentangkan kepada Majlis Menteri Luar EU pada 23 Jun ini, menurut Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa.

Screenshot 2025 06 08 at 11.54.26 AM

Menurut laporan Astro Awani, langkah ini susulan kebimbangan serius terhadap situasi kemanusiaan di Gaza serta kemungkinan pelanggaran Israel terhadap kewajipan hak asasi manusia seperti yang digariskan dalam Perkara 2 Perjanjian Persatuan EU-Israel, yang menjadi asas hubungan perdagangan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Seramai 17 daripada 27 negara anggota EU telah menyokong supaya penilaian undang-undang ini dilakukan, manakala 9 negara lain menentangnya.

Walaupun pembatalan penuh perjanjian memerlukan persetujuan sebulat suara, EU kini sedang menimbang langkah yang hanya memerlukan majoriti khas, sekali gus membolehkan skop kerjasama dikurangkan tanpa perlu persetujuan semua negara anggota.

Screenshot 2025 06 08 at 11.55.09 AM

Situasi ini turut mendapat perhatian beberapa negara Eropah. Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot, baru-baru ini menggesa agar perjanjian tersebut dikaji semula. Malah, terdapat laporan bahawa Perancis, Britain, Belanda dan Belgium kini sedang meneliti kemungkinan mengiktiraf negara Palestin.

Tumpuan kini tertumpu pada mesyuarat Majlis Menteri Luar EU pada 23 Jun yang berpotensi menjadi titik perubahan besar dalam hubungan antara Brussels dan Tel Aviv.

Baca: Trump Beri Jaminan, AS Cadang Gencatan Senjata Selama 60 Hari

Screenshot 2025 06 08 at 11.56.39 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.