John F. Kennedy, presiden Amerika Syarikat ke 35 yang mati ditembak dalam satu perarakan di Dallas. Sedikit info, beliau ini berasal daripada keluarga Kennedy, keluarga paling berpengaruh di Amerika Syarikat.
Terdapat beberapa kisah gelap mengenai keluarga ini, namun untuk perkongsian ini, kami fokuskan kepada kisah sadis yang terjadi kepada salah seorang ahli keluarganya iaitu Rosemary Kennedy.
Artikel berkaitan : Anak Elon Musk Calit T*hi Hidung Jadi Punca Trump Tukar Meja Pejabat Berusia 145 Tahun
Artikel berkaitan : 5 Selebriti Yang Percaya & Bersuara Tentang Teori Konspirasi
Kelahiran
Rose Marie Kennedy, meupakan anak ketiga dalam keluarga, dia juga anak perempuan pertama untuk pasangan Joseph Patrick Kennedy dan Rose Elizabeth Fitzgerald, dia dilahirkan di rumahnya pada 13 September 1918.
Dia dilahirkan pada waktu pandemik Spanish Influenza, jadi doktor sampai lewat 2 jam dan jururawat mengarahkan Rose Kennedy supaya merapatkan kakinya, ia sekligus memaksa kepala bayi itu ‘terperangkap’ dalam rahim selama dua jam. Tindakan itu mengakibatkan bayi kehilangan banyak oksigen yang boleh mendatangkan bahaya.
Nama “Rosemary” atau “Rosie,” itu dipanggil kerana dia kelihatan seperti bayi yang sihat dan ada sumber mengatakan bahawa ia sempena nama ibunya. Namun begitu perkembangan Rosemary semasa membesar dilihat lebih perlahan daripada abang-abangnya, dia mengambil masa lebih lama untuk belajar merangkak, berjalan, dan menggunakan kemahiran motor.
Pada mulanya ibu bapanya anggap bahawa ia bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan sampailah ada satu masa apabila adik-beradik perempuannya mula melepasi perkembangannya, dari situ mereka menyedari ada sesuatu yang aneh tentang Rosemary. Dirumuskan bahawa Rosemary mengalami masalah intellectual disabilities (kecacatan intelektual).
Pada awal abad ke 20, penyelidikan tentang ketidakupayaan intelek ini tidak berapa maji. Jadi, kaedah untuk diagnosis, pendidikan, dan rawatan agak terbatas. Namun, pada ketika itu stigma terhadap orang kurang upaya intelek dan fizikal telah tersebar luas.
Pada awal waktu persekolahan, Rosemary dihantar ke sekolah awam pada gred awal, walaupun dia menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan kanak-kanak lain seusianya dan terpaksa mengulang gred. Keluarga Kennedy juga melibatkannya dengan rutin dan aktiviti keluarga biasa.
Ibunya menganggap Rosematy seorang gadis yang penyayang, responsif dan penyayang. Dia begitu bersedia untuk mencuba melakukan yang terbaik, sangat menghargai perhatian dan pujian..
Zaman kanak-kanak
Apabila Rosemary semakin membesar, penjagaan dan pendidikannya semakin membimbangkan. Ibu bapanya terus mencari cara untuk membantu anak perempuan mereka dan mengupah pakar yang berbeza untuk merawatnya.
Semasa usia remajanya, ibu bapanya menghantarnya ke beberapa sekolah berasrama penuh swasta. Mereka mencari sekolah yang menawarkan sokongan khas untuk pelajar yang mempunyai ketidakupayan intelek. Ada yang menawarkan program yang lebih baik untuk Rosemary daripada yang lain, tanpa disedari tindakan kerap berpindah sekolah telah memberikan membebankan dirinya dari segi mental.
Difahamkan pada usia 16 tahun, Rosemary dididik secara berasingan daripada pelajar lain. Kemahiran membaca, menulis, mengeja dan mengira Rosemary dikatakan menggunakan silibus pada tahap gred empat (umur 9–10).
Menurut sumber, menjadi seorang remaja dalam keluarga Kennedy melibatkan kehidupan aktif dan produktif dengan acara sukan dan sosial. Pada masa lapangnya, Rosemary suka membeli-belah untuk pakaian baharu, pergi menari dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Adik-beradik Kennedy yang berdaya saing dan ibu bapa mereka meletakkan harapan tinggi buat mereka. Gaya hidup seperti ini memberikan banyak cabaran kepada Rosemary, yang menjadi kecewa kerana dia tidak dapat memenuhi pencapaian seperti adik-beradiknya. Ada yang cuba membantunya, tetapi dengan pengawasan yang teliti.
Kehidupan sibuk keluarga itu semain bertambah apabila keluarga itu berpindah ke London di mana bapanya berkhidmat sebagai Duta Besar ke Great Britain.
Semasa di England, namun begi Rosemary, semasa berada di sekolah biara dengan program Montessori, dia mendapat keselesaan dan kestabilan yang hebat, dia gembira berada di sekolah tersebut. Malangnya, permulaan Perang Dunia II menyebabkan keluarga Kennedy kembali ke Amerika.
Sebaik sahaja keluarga Kennedy kembali ke Amerika Syarikat, Rosemary tidak menemui persekitaran positif yang serupa dengan apa yang dia ada di England.
Alam dewasa
Menjelang dewasa, dia tidak faham mengapa dia tidak boleh hidup bebas seperti adik-beradiknya dan ia mmembuatkannya menjadi lebih ganas, dan makin kuat memberontak. Semasa tinggal di satu sekolah, dia mula menyelinap keluar pada waktu malam dan biarawati di sekolahnya memaklumkan kepada ibu bapanya dirinya jadi semakin liar.
Keluarganya menjadi bimbang bahawa dia akan mudah diambil kesempatan atau melakukan sesuatu untuk memalukan keluarga yang mempunyai reptuasi tinggi. Kegiatan terus berpindah di antara institusi pendidikan ke instatusi pendidikan lain juga telah menyebabkan hidupnya kembali tidak stabil dan makin teruk.
Dari sinilah bermula kisah gelap kehidupan Rosemary apabila ibu bapanya mula tertekan dengan sikapnya dan membuat keputusan untuk melakukan satu tindakan yang dianggap fatal buat dirinya.
Pembedahan Lobotomi
Ibu bapanya mencari macam-macam cara dan usaha untuk ‘mengubati’ Rosemary sampailah suatu hari bapanya menemui satu kaedah baru iaitu lobotomi. Kononnya ia satu pebedahan otak yang boleh mengurangkan kemurungan dan agresif pesakit.
Bagaimanapun, kaedah ini masih belum diterima oleh Persatuan Perubatan Amerika kerana banyak kes gagal akibat kaedah ini. Bagaimanapun, Joe Kennedy dilihat telah dijanjikan ia pasti berjaya apabila seorang doktor meyakinkan kepada Joe Kennedy bahawa lobotomi boleh membuatkan Rosemary akan kurang memberontak dan tekanan dalam dirinya dapat dikurangkan.
Oleh itu, pada November 1941, bapanya telah bersetuju untuk melakukan kaedah lobotomi ini ke atas Rosemary. Sumber melaporkan bahawa bapanya tidak memaklumkan kepada isterinya untuk melakukan kaedah ini, ia dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa sampailah. prosedur itu selesai.
Hasilnya, operasi itu ternyata gagal! Rosemary telah kehilangan sebahagian besar keupayaannya untuk berjalan atau bercakap. Keperibadiannya telah diubah selama-lamanya dan dia hilang upaya fizikal, pendek kata mental dan fizikalnya menjadi seperti kanak-kanak 2 tahun.
Lebih menyedihkan, sejurus sahaja melihat keadaan Rosemary, dia serta merta ‘diinstitusikan’. Rosmary dihantar ke sebuah hospital psikiratrik di New York sebelum berpindah ke ke sebuah pusat rumah jagaan untuk orang-orang kurang upaya di Jefferson yang dinamakan St. Coletta School for Exceptional Children.
Di situ, bapanya membina sebuah rumah persendirian untuknya kira-kira satu batu di luar kampus utama St. Coletta berhampiran Rumah Alverno, yang direka untuk orang dewasa yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat.
Sejak dari itu, dia dikatakn telah terpisah dengan keluarga untuk sekian lamanya, ibunya tidak melawatnya sampai 20 tahun sementara bapanya tidak pernah melawat langsung. Malah, diaktakan adik beradiknya tidak tahu langsung di mana Rosemary berada.
Namun, selepas beberapa tahun lamanya, keluarganya menjalin semula hubungan yang lebih rapat dengannya. Khususnya, Eunice Kennedy Shriver yang mengekalkan ikatan istimewa dengan kakaknya. Eunice memperluaskan Yayasan Joseph P. Kennedy Jr. ke arah kerja dasar awam dan penyelidikan yang berkaitan dengan ketidakupayaan intelektual dan perkembangan.
Ia diilhamkan oleh cabaran dan pencapaian kakaknya selain mengasaskan Sukan Olimpik Khas pada tahun 1968 dan pada separuh kedua abad ke-20, ahli keluarga Kennedy yang lain turut berusaha ke arah penjagaan dan pengiktirafan yang lebih baik bagi mereka yang kurang.
Ibunya, Rose Kennedy, membuat ucapan yang menumpukan perhatian kepada mereka yang bkurang upaya. Kakaknya, Jean Kennedy Smith, mengasaskan Very Special Arts, sebuah organisasi untuk menyediakan pengaturcaraan seni untuk mereka yang kurang upaya.
Rosemary Kennedy meninggal dunia pada 7 Januari 2005 pada usia 86 tahun, dia disemadikan dengan adiknya Jean, Eunice, dan Patricia, serta abang, Ted, di sisinya. Dia juga dikebumikan di sebelah ibu bapanya di Tanah Perkuburan Holyhood di Brookline, Massachusetts.
Sumber : National Park Services, Wikipedia