ft suami kelar isteri

Kes suami yang kelar isteri hingga maut petang kemarin telah menjadi tumpuan umum rakyat Malaysia dan suspek yang kini dalam tahanan dikatakan beberapa kali bertakbir serta beristighfar ketika di dalam lokap Mahkamah Majistret di Tangkak hari ini.

Kelakuan itu dibuat semasa suspek yang berusia 33 tahun itu sedang menunggu proses reman pada jam 8.30 pagi. Menurut sumber, suspek pada mulanya kelihatan tenang.

Artikel berkaitan : Lelaki Kelar Isteri & Anak Didakwa, Mahkamah Arah Hospital Permai Siasat Mental Tertuduh

Artikel berkaitan : “Terdapat kesan kelar” – Dua Mayat Dalam Longkang Rupanya Ibu & Anak, Bapa Ditahan

Bagaimanapun, tiba-tiba lelaki tersebut meraung dengan kuat selain melaungkan takbir “Allahuakbar” serta beberapa zikir lain selama hampir seminit.

Dalam kejadian tersebut, suspek dikatakan menggunakan pisau pemotong sayur untuk mengelar isterinya sebelum membiarkan wanita itu di rumah yang terletak di Taman Cahaya, Bukit Gambir.

Lebih sadis lagi, wanita malang itu dibiarkan dalam keadaan dibaluti toto sebelum suspek ke rumah ibu mentua pada keesokan paginya untuk membakar rumah dan kenderaan.

Difahamkan, selepas kejadian tersebut suspek juga ada menghubungi suami kakaknya untuk meminta tolong menghantarnya ke balai polis berhampiran.

Screenshot 2025 06 04 120800

Ketika tiba di balai polis, suspek membuka mulut dengan menceritakan kejadian sebenar yang berlaku sebelum dibawa ke rumahnya untuk menunjukkan mayat isterinya.

“Suspek mendirikan rumah tangga dengan mangsa sejak tiga tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Kejadian itu berlaku tanpa disedari mana-mana jirannya.”

“Sebelum kejadian, suspek memberitahu dia bertengkar dengan mangsa dan berakhir dengan kematian menyedihkan.”

Jelas sumber lagi, sebelum ini hubungan suspek dengan isteri begitu baik, namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini ada perubahan hingga mereka kerap bergaduh.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Tangkak membenarkan tempoh reman tujuh hari terhadap suspek bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 dan 435 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.