tdm gambar anggota tentera di kelab malam

Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang menjalankan siasatan ke atas seorang anggotanya susulan tular gambar lelaki berpakaian seragam tentera di sebuah kelab malam sejak Isnin lalu.

Menerusi gambar tular tersebut, memaparkan individu berkenaan berada dalam latar logo Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan tayangan itu didakwa dibuat sempena ulang tahun perkenalan bersama pasangannya.

Sehubungan itu, Sel Perhubungan Raya Markas TDM dalam satu kenyataan semalam berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) bagi mengenal pasti bagaimana insiden itu boleh berlaku.

Artikel berkaitan: Video Tular T*mbuk Pemandu Wanita, Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah

Artikel berkaitan: Bakal Mentua Didakwa Minta Hantaran RM69,000, Askar Tertekan T*matkan Nyawa Sendiri

photo 2025 06 04 15 08 59 1

“TDM memandang serius perkara ini dan anggota terbabit sedang disiasat oleh Cawangan Penyiasatan Khas (CPK).”

Menurut kenyataan itu, siasatan akan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang unsur pencemaran keselamatan sama ada terhadap anggota itu atau terhadap TDM.

TDM turut tidak menolak kemungkinan wujud pembabitan elemen subversif dalam insiden berkenaan.

“Sekiranya terbukti bersalah anggota boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan sedia ada kerana melanggar etika sebagai seorang anggota tentera dan menjejaskan nama baik TDM,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, TDM juga akan mempertingkatkan pemantauan penggunaan media sosial agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

TDM juga menyatakan walaupun paparan tersebut bersifat peribadi, imej sebagai anggota tentera di lokasi dan atas tujuan yang tidak bermoral boleh mengundang persepsi negatif terhadap pasukan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.