Rasa sedihnya sampai ke sini apabila melihat satu video tular seorang suami menyerahkan isterinya kepada teman lelaki wanita itu secara baik.
Lebih menyayat hati lagi, suaminya itu dilihat tenang semasa bersalaman dengan si teman lelaki itu sambil meninggalkan pesanan supaya menjaga isterinya baik-baik.
Artikel berkaitan : Suami Nak Buat ‘Suprise’ Lepas Balik Kursus, Sekali Nampak Isteri Curang Dengan Pelajar Uni
Artikel berkaitan : Lupa Tutup FB, Ayah 4 Anak Kecewa Dapat Tahu Isteri Curang Dengan Beberapa Lelaki
Dalam video tersebut kelihatan penduduk kampung yang turut hadir ke rumah lelaki berkenaan sambil menahan sebak.
Difahamkan, wanita tersebut ada menjalin hubungan intim bersama seorang lelaki berstatus bekas suami orang. Disebabkan hubungan mereka telah terbongkar, si isteri itu dibawa ke rumah teman lelakinya sambil sisaksikan beberapa orang penduduk kampung sebelum menceraikan isterinya serta merta.
“Kau aku talak, aku pun tidak menyangka, kau tidak ada hak lagi, kau aku cerai, ujar si suami sambil menhan sebak.
“Aku serahkan isteri aku kepada kau ya, kau jaga dia baik-baik, jangan sampai kau melakukan hal yang tidak diinginkan,”pesan si suami kepada teman lelaki bekas isterinya.
“Nikahilah dia dengan tanggungjawab zahir dan batin.”
Selepas lafaz cerai dilakukan, si isteri dilihat menangis teresak-esak dan teman lelakinya meminta maaf atas perbuatan yang dilakukan dan mereka dilihat berpelukan.