kbs

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah acara sukan MMA yang melibatkan beberapa orang kanak-kanak. Apa yang membimbangkan warganet adalah apabila peserta kanak-kanak tersebut tidak memakai apa-apa perlindungan.

Terkini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan kenyataan bahawa KBS melarang kanak-kanak bawah 15 tahun untuk menyertai atau terlibat dalam acara sentuhan penuh atau sukan tempur seperti Muay Thai, MMA, tinju dan kickboxing tanpa memakai pelindung keselamatan, lapor Sinar Harian.

Selain itu, menurut Hannah Yeoh iaitu Menteri Belia dan Sukan juga, atlet bawah 15 tahun hanya dibenarkan untuk menyertai sukan tempur seumpama itu dalam kejohanan rasmi anuran Persatuan Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

1

Artikel Berkaitan: Tular Pertandingan MMA Libatkan Kanak-kanak, Johan Ghazali Tampil Beri Teguran

Artikel berkaitan : “Soalan tu trap” – Dakwa Silat Olahraga ‘Fight Tak Real’, Johan Ghazali Kecewa Kenyataan Disalah Erti

Penyertaan kanak-kanak bawah 15 tahun dalam sukan-sukan berkenaan juga haruslah mengikut peraturan badan pengelola kebangsaan masing-masing.

Difahamkan, pihak kementerian juga berkuasa di bawah Akta Pembangunan Sukan untuk memasstikan acara sukan berjalan dengan selamat dan teratur sekaligus mahu meastikan sukan seumpama itu melindungi kebajikan atlet terutamanya atlet kanak-kanak.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Hannah Yeoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.