Kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah bot persiaran Tasik Putrajaya telah berlaku petang semalam di Presint 19.
Menurut laporan Buletin TV3, kejadian berkenaan berlaku ketika bot tersebut sedang diselenggara di Pusat Penyelenggaraan Bot, sekali gus menjadikan tiada penumpang atau mangsa yang cedera dalam insiden itu.
Pihak bomba dan penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan.
@hmetromySebuah bot persiaran Tasik Putrajaya terbakar ketika berada di Pusat Penyelenggaraan Bot di Presint 19.
♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro
Artikel Berkaitan: 5 Spot Baek Sekitar Putrajaya-Cyberjaya yang Instagrammable, Nombor 3 Memang Wajib Singgah!
Artikel berkaitan: Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran
Kebakaran bot persiaran itu difahamkan berjaya dikawal setelah dua aliran hos dengan sumber air daripada tangki jentera dan satu aliran buih digunakan ketika operasi pemadaman api.

Video kejadian tersebut telah menjadi perhatian ramai setelah dikongsikan oleh Dr Radzi Jidin iaitu Ahli Parlimen Putrajaya menerusi Facebook.
Sumber: Buletin TV3
Sumber: Facebook Bomba WP Putrajaya

5 hours ago
2






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















