Ft Perkeso Infaq Ramadan

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuktikan komitmen berterusan mereka dalam menjaga kebajikan masyarakat melalui Majlis Iftar KESUMA PERKESO LINDUNG 2026.

Dalam majlis tersebut, PERKESO telah menyalurkan faedah dan sumbangan berjumlah lebih RM500,000 kepada golongan yang memerlukan.

Aql08938

Majlis tersebut menjadi saksi penyampaian faedah berjumlah lebih RM300,000 kepada 15 penerima di bawah pelbagai program perlindungan LINDUNG.

Antara penerima utama ialah saudara Aidel Hidayat Abdul Hadi, 28, yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) berjumlah lebih RM82,000 akibat kemalangan di tempat kerja.

Aql09110

Di bawah penjenamaan semula LINDUNG, PERKESO kini memudahkan rakyat mengenali skim perlindungan mereka:

  • LINDUNG Pekerja (Akta 4)
  • LINDUNG Kerjaya (Akta 800)
  • LINDUNG Kendiri (SKSPS – Akta 789)
  • LINDUNG Kasih (SKSSR – Akta 838)

Selain pembayaran faedah, PERKESO turut menyantuni komuniti melalui pemberian duit raya kepada 100 anak yatim serta sumbangan hamper kepada 40 balu dan duda. Sebanyak RM100,000 juga disalurkan kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan tempatan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus diperkasa.

Aql08844

Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, menegaskan bahawa inisiatif ini selari dengan aspirasi KESUMA untuk memastikan tiada golongan yang tercicir daripada perlindungan sosial.

Berita Gembira Buat Pekerja di Singapura

Dalam majlis yang sama, satu perkembangan penting turut diumumkan mengenai Skim Pengembara. Kajian kebolehlaksanaan bagi skim ini telah selesai, yang bertujuan memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Skim ini dijangka akan dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini bagi memastikan rakyat Malaysia di luar negara merasa lebih selamat dan yakin terhadap masa depan mereka.

Usaha ini membuktikan bahawa PERKESO bukan sekadar agensi perlindungan, malah merupakan rakan strategik rakyat dalam mendepani cabaran hidup dan memastikan kelangsungan masa depan yang lebih terjamin.

Sumber : PERKESO