Ft Resepi Khairul Aming

Nampaknya Khairul Aming memang memandang serius dengan isu yang terjadi kepada pempengaruh masakan Dapur Che Sayang ni. Perkara ini dapat dilihat apabila pempengaruh tersebut meletak disclaimer pada resepi Spageti Bolognese yang dikongsikan menerusi Threads miliknya.

Ayat penafian yang diberikan olehnya itu menyatakan bahawa segala bahan-bahan yang digunakan bukan authentic kerana ia bertujuan memudahkan pengikutnya mencari bahan.

Artikel berkaitan: “Nasi Lemak hilang identiti, tiada siapa tegur” – Zhiddin Aziz Tempelak Individu Yang Melatah Pasal Masakan Barat

Artikel berkaitan: Dikecam Teruk Sebab Pertikai Cara Dapur Che Sayang Memasak, Peniaga Pasta Mohon Maaf

“Saya bukan orang Itali, tidak dilahirkan di Itali, dan tidak pernah ke Itali”

Menurut Khairul Aming, dia bukanlah orang Itali dan tidak pernah ke Itali, malah bahan yang digunakan bahan yang boleh dijumpai di kedai runcit. Khairul Aming menegaskan bahawa tiada bahan dari negara Itali yang digunakan dalam masakan ini, biarpun resepi ini berasal dari negara tersebut.

“Saya bukan orang Itali, tidak dilahirkan di Itali, dan tidak pernah ke Itali. Resipi ini dibuat menggunakan bahan yang jumpa di kedai runcit sahaja. Tiada tomato Itali digunakan, dan tiada daging fresh digunakan. Kita guna daging beku dari freezer kedai runcit sebab ini yang paling sesuai dengan bajet orang ramai. Ini bukan resipi authentic. Try at your own risk.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terkejut dan terhibur dengan penafian sarkastik yang diberikan oleh Khairul Aming.

Screenshot 2026 03 06 132341 Screenshot 2026 03 06 132423

Sumber : Threads Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.