3Mayat

Suasana hening awal pagi di sebuah kawasan perumahan bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Lorong 1, Taman Sentosa Indah, Sri Aman, Sarawak, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, rumah jenis separuh kekal yang didiami keluarga berkenaan dilaporkan terbakar dengan pantas sebelum api marak sehingga memusnahkan keseluruhan struktur bangunan. Ketika kejadian, beberapa penghuni dipercayai sedang berada di dalam rumah sebelum jeritan meminta tolong didengari oleh jiran berhampiran.

Screenshot 2026 03 07 At 12.06.23 Pm

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.02 pagi bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan sembilan anggota. Sebaik tiba di tempat kejadian, api dilaporkan sudah merebak dengan cepat dan rumah tersebut hampir musnah sepenuhnya.

Orang awam yang berada berhampiran berjaya membantu mengeluarkan dua mangsa dewasa sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Seorang wanita dilaporkan mengalami kecederaan melecur pada bahagian tangan, manakala seorang lelaki pula melecur hampir seluruh badan sebelum kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, usaha itu tidak sempat menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terperangkap di tingkat atas rumah tersebut. Mangsa ditemui dalam keadaan rentung selepas api berjaya dikawal. Seorang lagi kanak-kanak perempuan dilaporkan selama. Identiti mangsa masih belum disahkan, namun dipercayai mereka merupakan ahli keluarga yang sama.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.