Iran

Malaysia menzahirkan simpati dan solidariti terhadap rakyat Iran susulan serangan yang mengorbankan ramai nyawa di negara itu baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi bagi menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat negara itu.

Menurut beliau, takziah turut dizahirkan atas kematian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta 165 pelajar sekolah yang terkorban dalam serangan yang didakwa dilancarkan oleh Israel bersama Amerika Syarikat di Tehran.

Malaysia menegaskan pendirian tegas terhadap sebarang tindakan ketenteraan yang mencabuli kedaulatan sesebuah negara.

“Pada masa sama, Malaysia turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap implikasi konflik berpanjangan terhadap keamanan, kestabilan dan kesejahteraan global,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Artikel berkaitan: Iran Isytihar Berkabung 40 Hari, Cuti Umum Seminggu Susulan Kematian Khamenei

Artikel berkaitan: Serangan Israel-AS Terhadap Iran, China Gesa Gencatan Sejata Segera

646569542 1509817383833157 4099096699741478647 N

Anwar berkata, dalam perbincangan itu kedua-dua pihak turut menyentuh keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan selain memperkukuh usaha diplomasi bagi mencari penyelesaian damai terhadap konflik yang sedang melanda rantau berkenaan.

Menurutnya, perkara tersebut termasuk isu Palestin yang terus menuntut perhatian masyarakat antarabangsa.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.