Kereta Peronda

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai video sebuah kereta peronda (MPV) polis dilihat telah mengambil ‘bungkusan putih’ daripada sebuah kedai mamak.

Susulan video yang tular itu, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Selangor telah mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku itu membabitkan MPV IPD Sungai Buloh, lapor Malaysia Gazette.

Difahamkan, insiden tersebut akan disiasat oleh pihak polis dan menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas.

@bharianmy

Tular video ambil ‘bungkusan plastik putih’ dari restoran mamak: Kereta disahkan MPV IPD Sungai Buloh #BeritaDiTiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

Artikel Berkaitan: Video Masakan Cottage Pie Dipertikai ‘Tak Authentic’ Oleh Netizen, Dapur Che Sayang Tampil Bagi Respon

Artikel berkaitan: Tular Langg*r Penunggang Motor, Pemandu Bezza Sudah Ditahan Polis & Ada 4 Rekod Jenayah

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh lagi, pihak mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melakukan perbuatan salah laku itu kerana ia menjejaskan imej PDRM.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.