Ft Dewi Kuskop

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mengumumkan satu langkah besar dalam memperkasakan ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) milik wanita menerusi pelancaran Inisiatif DEWI (Dana Ekonomi Usahawan Wanita).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Encik Steven Sim Chee Keong, menyatakan bahawa dana berjumlah hampir RM3 bilion telah disediakan khusus untuk membantu usahawan wanita di seluruh negara. Pengumuman ini dibuat bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang akan disambut pada 8 Mac ini.

Tb Steven Tiktok Raya Astro Awani

Inisiatif DEWI bukan sekadar bantuan kewangan, malah merupakan manifestasi tekad KUSKOP untuk melahirkan lebih ramai “Iron Lady” dalam dunia perniagaan.

Antara fakta utama inisiatif ini adalah:

  • Jumlah Dana: Hampir RM3 bilion.
  • Sasaran: 300,000 usahawan wanita di seluruh negara.
  • Had Pembiayaan: Tawaran pembiayaan sehingga RM3 juta.

Agensi Pelaksana dan Skim yang Ditawarkan

Sebanyak empat buah agensi di bawah KUSKOP akan mengendalikan inisiatif ini dengan skim-skim khusus mengikut keperluan usahawan:

Agensi Program / Skim Kaedah Permohonan
TEKUN Nasional Skim Temanita

Fizikal (Cawangan TEKUN terdekat)

SME Bank MySMELady

Secara Atas Talian (Online)

Bank Rakyat BR – i BizLady

Atas Talian (Permohonan dibuka April 2026)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Skim Pembiayaan Ikhtiar

Fizikal (Cawangan AIM terdekat)

Usahawan wanita yang berminat digalakkan untuk menghubungi atau hadir terus ke pejabat agensi yang terlibat. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat melalui emel rasmi di [email protected] untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai produk pembiayaan yang ditawarkan.

Artikel berkaitan : Warga KUSKOP Raikan Anak Yatim Dalam Majlis Iftar Penuh Keberkatan

Artikel berkaitan : Hari Pertama Steven Sim di KUSKOP: Umumkan Moratorium Banjir dan Suntikan Dana Jutaan Ringgit

KUSKOP terus komited dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik bagi menyokong pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif dan mampan.

Sumber : KUSKOP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.