Syaz Ft 2026 03 06T104447.643

Siapa sangka, di sebalik kemasyhuran penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, tersimpan satu kisah murni yang jarang kita dengar. Baru-baru ini, tular satu perkongsian menyentuh hati di media sosial mengenai pertemuan semula TokTi dengan seorang individu yang sangat bermakna dalam lipatan sejarah kariernya.

Menerusi hantaran daripada Yayasan Nurjiwa, pak cik yang ditemui itu sebenarnya bukanlah orang asing. Beliaulah individu yang pernah memandu teksi membawa TokTi ketika beliau menyertai pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu.

Artikel berkaitan: Tak Pakai Telekung, Sah Atau Tidak Solat Siti Nurhaliza? Ini Jawapan Padu Agamawan

Artikel berkaitan: Iman Tang Nafi Sindir Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Kenyataan Ditujukan Kepada Konsert Lain

Bukan senang nak cari pemandu yang setia menemani saat kita baru nak bertapak, kan? Pak cik inilah yang menjadi saksi awal melihat ‘permata’ negara ini mula bersinar.

Dalam foto yang dikongsi, jelas kelihatan keperibadian TokTi yang sangat merendah diri. Walaupun sudah bergelar bintang besar, beliau tetap menyantuni pak cik tersebut dengan penuh hormat. Malah, gelagat anak biduanita itu, Afwa yang bersalam hormat dengan pak cik itu turut mendapat pujian netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kerana TokTi masih menghargai orang-orang yang pernah membantunya di saat beliau belum punya apa-apa.

Cats 3

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.