Satu pengalaman yang menyedihkan telah dilalui oleh seorang pemandu e-hailing ini apabila dia melihat nasib penumpang yang telah menempah perjalanan dengannya baru-baru ini.
Menerusi Threads, pemandu yang dikenali sebagai Iwan, 36, kongsikan yang dia ada menerima duit tip daripada penumpang, namun ia bukanlah satu perkara yang menggembirakan sebaliknya sesuatu kejadian yang membuatkan Iwan rasa sebak.
Artikel berkaitan: Penumpang Wanita Terkesima Lepas Masuk Kereta, Pemandu E-hailing Cuma Pakai Seluar D*lam
Artikel berkaitan: Penumpang Terpaksa Tunggu 21 Jam Lepas Aerobridge Langgar Enjin Pesawat
“Ini adalah tip yang paling sedih”

Bercerita kepada Lobak Merah, Iwan memberitahu kejadian itu berlaku semalam (5/3/2026) kira-kira jam 6.30 petang di sekitar LRT Ampang.
Ketika dia menerima tempahan daripada seorang pelanggan ini, dilihat penumpang tersebut memintanya untuk mempercepatkan perjalanan, bagaimanapun dia meminta maaf kerana melakukan perbuatan tersebut.
“Masa tu saya tengah tunggu tempahan terakhir di LRT Ampang sebelum pulang untuk berbuka puasa. Kemudian ada masuk satu tempahan dari De Palma ke Hospital Ampang. Bila dah masuk tempahan tu, saya terus chat penumpang saya dalam perjalanan dari LRT Ampang. Kemudian penumpang tu balas macam ni.”

Kata Iwan, sepanjang perjalanan dia cuba sebaik mungkin untuk sampai cepat dengan menggunakan jalan pintas. Katanya, sepanjang perjalanan mata penumpang itu berkaca-kaca mengharapkan dirinya sempat menghantarnya ke hospital.
Lagi 3 minit hampir tiba, ketegangan dalam perjalanan untuk sampai ke lokasi itu semakin memuncak apabila tangisan penumpang itu semakin kuat.

“Sepanjang perjalanan itu, saya memang berdiam sebab faham situasi dia. Penumpang menangis teresak-esak sepanjang perjalanan. Ada 2 panggilan dia dapat masa perjalanan itu. Pertama, dia cuma kata yang dia dah dapat tempah e-hailing dan dalam perjalanan ke hospital sambil menangis.”
“Panggilan kedua itu yang membuatkan dia menangis semakin kuat. Masa tu dah nak sampai ke hospital tinggal lampu isyarat terakhir je,” katanya kepada Lobak Merah.
Menurut Iwan, didapati bahawa ayah kepada penumpang itu sudah meninggal dunia. Ditanya bagaimana dia boleh mengetahui situasi penumpang tersebut, dia dapat agak kerana sebelum Iwan sampai ke lokasi ambil penumpung itu, penumpang ada menceritakan kepada Iwan bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.
“Penumpang dah beritahu yang ayahnya makin nazak, namun masa nak sampai, tangisan dia makin kuat.”
Terkenangkan peristiwa yang lebih kurang sama terjadi pada diri
Mengenai situasi ini, ia membuatkan Iwan menjadi sebak kerana situasi lebih kurang sama pernah terjadi kepadanya tahun lepas.
“Terkenang pernah dapat panggilan yang sedih macam tu, panggilan pertama tahun lepas, dalam perjalanan balik kampung, dapat berita kawan baik saya meninggal dunia sebab kemalangan motor masa balik kerja. Saya tak sempat nak hadiri pengebumian dia.”
“Panggilan kedua, 2 minggu lepas, kawan baik saya yang lain luahkan mak dia baru ke meninggal dunia sebab kanser, dan kawan saya pun bergegas ke Hospital Ampang. Masa tu pun kat kampung, tak sempat nak hadir untuk kawan saya. Tapi saya dapat datang tahlil arwah 3 hari masa tarawih.”
Ia sekaligus membuatkan dirinya jadi makin sebak untuk membantu penumpang tersebut sebaik mungkin sehinggakan terpaksa ‘langgar’ lampu isyarat, namun begitu nasib tidak menyebelahinya. Al-fatihah kepada bapa penumpang tersebut.
Sumber : Threads

12 hours ago
6






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















