Drift Di Genting Highlands

Polis telah menahan seorang lelaki yang memandu kereta jenis BMW 325i dengan bahaya ala ‘drift’ atau ala perlumbaan di Genting Highlands baru-baru ini.

Lelaki tersebut ditahan polis susulan video aksi pemanduan berbahaya ala ‘drift’ itu telah tular di media sosial terutamanya di TikTok.

Menurut Berita Harian, difahamkan aksi pemanduan tersebut telah dilakukan di selekoh laluan ke Genting Highlands, Pahang.

Menurut Superintendan Zaiham Mohd Kahar iaitu Ketua Polis Daerah Bentong, Pahang, pemandu kereta itu telah memandu kenderaan tersebut dengan bahaya iaitu melakukan aksi pusingan secara melulu di selekoh jalan.

Lelaki itu ditahan polis kerana aksinya itu boleh menyebabkan kecederaan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

10

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kereta Terbabas Masuk Semak, Cara Wanita Ini Tenangkan Diri Buat Netizen Tergelak

Artikel berkaitan: Ini 5 Info Pasal ‘Axia Harga Rahmah’ Yang Korang Kena Tahu Sebelum Buat Order!

Polis pada mulanya giat mengesan individu yang memandu kereta itu untuk siasatan susulan video aksi pemanduan itu tular di media sosial.

Lelaki tersebut yang berusia lewat 20-an kemudiannya telah hadir sendiri ke Pejabat Trafik IPD Bentong bersama kereta tersebut dan dia bukan hanya ditahan, malah kereta berkenaan juga turut disita.

Walau bagaimanapun, suspek didapati negatif ujian air kencing.

Polis menyiasat kejadian ini mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pemanduan yang bahaya dan melulu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.