Syaz Ft 2026 03 06T114655.942

Dunia media sosial memang tak pernah sunyi daripada kritikan, terutamanya bila melibatkan penyanyi nombor satu negara. Kali ini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pula menjadi perhatian netizen gara-gara lagu raya terbaharunya yang dikatakan ‘kurang menyengat’.

Segalanya bermula apabila beberapa netizen meninggalkan komen jujur (dan ada yang agak pedas) mengenai kualiti lagu raya tersebut. Ada yang mendakwa melodi lagu-lagu TokTi kebelakangan ini agak lemah dan tidak lagi mencapai ‘standard’ emas seperti zaman arwah Pak Ngah dulu.

Cats 5

Artikel berkaitan: “Tokti berjiwa besar!” –  Siti Nurhaliza Bertemu Semula Dengan Pemandu Teksi Yang Bawanya Ke Bintang HMI

Artikel berkaitan: Tak Pakai Telekung, Sah Atau Tidak Solat Siti Nurhaliza? Ini Jawapan Padu Agamawan

Biasanya artis akan berdiam diri, tapi kali ini tuan badan sendiri nampaknya ‘turun padang’ untuk membalas komen tersebut. Dengan gaya yang cukup tenang tapi mendalam, TokTi hanya membalas dengan satu ayat yang cukup ikonik:

Cats 4

“Ohhh!! Anda bukanlah target market saya..”

Respon ringkas itu terus menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat tegar beliau. Ada yang menganggap itu adalah cara paling matang untuk mengendalikan haters atau pendengar yang tidak sehaluan dengan citarasa muzik beliau sekarang.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.