bangunan terbakar jakarta wanita hamil maut

Berlaku satu kebakaran dahsyat di sebuah bangunan di Jakarta, Indonesia dengan 22 mangsa disahkan maut dalam insiden yang berlaku pada Selasa.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran berlaku di bangunan tujuh tingkat itu, sekitar jam 1 petang waktu tempatan, ketika waktu rehat pekerja. Ramai mangsa dipercayai terperangkap di dalam bangunan ketika api merebak dengan pantas.

Innalillahi. Gedung Terra Drone di Kemayoran kebakaran, diduga 17 orang meninggal dunia. pic.twitter.com/zCwtsTJAo8

— Bang Gatse (@gatse8) December 9, 2025

Artikel berkaitan: Penantian Isteri Hamil 5 Bulan Berakhir, Suami J*tuh Jambatan Pulau Pinang Sudah Ditemui

Artikel berkaitan: “I love you 100 times” – Bakal Berkahwin Bulan Depan, GF Bomba Terb*nuh Dalam Kebakaran Di Hong Kong Luah Rasa Pilu

Wanita hamil antara mangsa maut kebakaran

Dilaporkan, salah seorang mangsa maut dalam kebakaran bangunan itu merupakan seorang wanita yang sarat mengandung.

Lebih memilukan, mangsa yang dikenali sebagai Novia sedang hamil anak pertama yang dijangka bersalin pada Januari depan.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan, terlihat seorang lelaki dipercayai suami kepada mangsa tidak dapat menahan sebak sambil terduduk di perkarangan forensik hospital selepas mendapat tahu perkhabaran itu.

Menurut ahli keluarga, mangsa sempat berusaha turun ke bawah untuk menyelamatkan diri, tetapi akhirnya kembali ke tingkat 5 kerana asap semakin tebal.

“Dia dah turun tapi asap makin tebal, jadi dia naik semula ke tingkat 5 dan terperangkap,” kata ahli keluarga mangsa.

Tambahnya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan dipercayai meninggal akibat kekurangan oksigen.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan memaklumkan kebakaran disyaki bermula di sebuah gudang bateri di tingkat satu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.