wanita warga malaysia kahwin iran situasi di tehran

Keadaan di Tehran, Iran semakin membimbangkan susulan serangan daripada tentera Israel yang terus dilancarkan di wilayah itu dalam konflik Israel-Iran yang kini memasuki hari keenam.

Menurut laporan, gangguan internet besar-besaran berlaku di Iran semalam, disusuli pengumuman sekatan internet lebih ketat oleh pihak berkuasa Iran untuk menghalang penyebaran maklumat yang dianggap bermusuhan.

Perkara itu turut memberi kesan kepada rakyat tempatan seperti seorang wanita ini yang berkahwin dengan lelaki warganegara Iran.

Artikel berkaitan: “Pesawat masuk sahaja dibenarkan” – Israel Larang Penduduk Keluar Dari Negara

Artikel berkaitan: Malaysia Hubungi Iran Lepas Ada Ura-ura Iran Nak Tutup Selat Hormuz, Ini Sebab Laluan Itu Penting Untuk Dunia

Azreen yang sering berkongsi kehidupannya di Iran meluahkan kerisauannya apabila dia dan suaminya tidak dapat menghubungi keluarga mentua.

“Suami saya adalah orang Iran dan keseluruhan keluarga mentua masih berada di sana sekarang.

“Perkembangan terkini adalah kami tidak dapat berhubung dengan ahli keluarga di Iran disebabkan akses internet dan juga talian panggilan masuk disekat.

“Kami rasa tindakan ini diambil oleh kerajaan Iran sendiri untuk mengurangkan risiko digodam Israel atau kuasa luar lain,” kongsi Azreen yang turut mengatakan dia ketika ini tidak berada di Iran.

Screenshot 2025 06 19 152849

Namun, katanya mereka yang berada di Iran masih boleh menghubungi antara satu sama lain ataupun membuat panggilan ke luar negara.

“Mentua saya ada telefon dan beritahu mereka baik-baik sahaja. Tetapi mereka di dalam Iran juga tidak dapat tahu perkembangan semasa kerana tiada akses internet malah stesen televisyen juga diserang. Serangan masih berterusan sehingga kini,” ujarnya.

@azreen_lifejourney

Internet terputus di #Iran

♬ original sound – Azreen_lifejourney

Jelas Azreen, perkongsian yang dibuat bukanlah untuk meraih simpati orang ramai tetapi hanya mahu memaklumkan perkembangan terkini yang berlaku di negara itu.

Berkongsi mengenai kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menggesa penduduk supaya keluar dari Tehran, dia menyatakan perkara itu mustahil kerana tidak semua penduduk mampu berbuat demikian.

“Suami saya mungkin akan balik ke Iran kerana tak dapat berhubung dengan keluarga. Dia juga mungkin dipanggil untuk pertahankan negara. Jadi dia kemungkinan balik ke sana. Perkara ini tidak pasti lagi tetapi suami sudah tinggalkan wasiat untuk saya,” katanya dalam nada sebak.

Dalam pada itu, dia juga memohon doa orang ramai agar peperangan ini terhenti dan berharap tiada lagi kemusnahan berlaku.

Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.