“Kalau abah ada salah & silap abah mohon ampun & maaf” – Anak Kongsi Video Pilu Terakhir Bapa Sebelum ‘Pergi’

5 hours ago 4

Tiada apa yang lebih memilukan buat seorang anak selain daripada kehilangan ibu bapa tercinta. Inilah memori yang paling pedih dalam hidup setiap manusia.

Rata-ratatTak dapat menahan air mata apabila menonton video daripada individu yang dikenali sebagai Namera ini. Video dan detik terakhir ayahnya memohon maaf kepada anak-anak membuatkan kita sendiri yang melihatnya jadi sebak.

Artikel berkaitan : Penyanyi Rap Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Artikel berkaitan : Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan, Netizen Sebak Lihat Perkongsian Arwah Siti Khazira Di Facebook

“Kalau abah ada salah & silap abah mohon ampun & maaf”

Katanya, video tersebut adalah waktu sebelum ayahnya dimasukkan ke bilik OT (dewan bedah). Katanya, dia sangat bersyukur dapat menjaga ayahnya sehari suntuk biarpun dalam keadaan demam.

“Syukur sangat dapat merasa jaga abah buat kali terakhir, lap badan dia, tukar kan pampers, letak viks dekat dada dan belakang badan, urut badan kaki semua dia minta time tuh, badan abah panas tapi doc check tak demam i ambik air kain badan letak kat kepala dia dan badan dia, nampak dia selesa sebab dia tidur.”

Katanya dia pulang ke rumah untuk berehat kerana keadaannya yang tidak sihat namun tidak dapat mendapat rehat secukupnya sebab rasa tak sedap hati.

“Abah keluar dalam anggaran pukul 2 pagi, keadaan time tuh adik kata abah okay, dipendekkan cerita waktu subuh abah tak tahan sakit mungkin bius dah habis rasanya sebab itu dia menahan sakit, then pakai oksigen, dalam pukul berapa 7 lebih macam tuh abah dah guna tiub dan adik beritahu akan tolak ke icu, i dengan adik bongsu bangun terus pergi pukul 9 suku macam tuh sampai, abah belum tolak icu lagi.”

Lebiih sebak lagi, saat wanita ini membisik ke telinga ayahnya untuk meminta maaf atas segala-galanya, air mata ayahnya menitis dan bibirnya bergerak sebelum kedengaran bunyi mesin yang memberi petanda bapanya sudah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Mei lepas.

@meraforshort

Video dan suara kali terakhir i dengar suara Abah, ini malam sebelum Abah masuk bilik ot anggaran pukul 9 lebih. I bersyukur sangat sebab dapat jaga Abah dan bersemuka buat kali terakhir, dari pukul 2 petang sampai lah malam pukul 11 sebelum abah bilik ot i ada dengan dia, i suruh udin datang awal sikit tanda support Abah anggaran pukul 8 lebih dia datang. Syukur sangat dapat merasa jaga abah buat kali terakhir, lap badan dia, tukar kan pampers, letak viks dekat dada dan belakang badan, urut badan kaki semua dia minta time tuh, badan abah panas tapi doc check tak demam i ambik air kain badan letak kat kepala dia dan badan dia, nampak dia selesa sebab dia tido. Time ni i betol betol tak tahan badan i panas sangat i dah demam dari 10hb tak surut surut panas. i sampai rumah dalam pukul 12 macam tuh, ingat kan i nak stay tunggu abah keluar tapi still tak keluar dan i tak larat so i balik dalam pukul 11 lebih macam tuh, dah sampai rumah settle semua still tak boleh tido sebab hati tak sedap, dia berat sakit tuh rasa lain daripada yang lain keep ws adik tanya camana abah dia pun risau selalu nya dah keluar time macam tuh, Abah keluar dalam anggaran pukul 2 pagi, keadaan time tuh adik kata abah okay, dipendek kan cerita waktu subuh abah tak tahan sakit mungkin bius dah habis rasanya sebab itu dia menahan sakit, then pakai oksigen, dalam pukul berapa 7 lebih macam tuh abah dah guna tiub dan adik beritahu akan tolak ke icu, i dengan adik bongsu bangun terus pergi pukul 9 suku macam tuh sampaii, abah belum tolak icu lagi. dalam pukul 9:24 macam tuh i memang duduk sebelah abah tengok dia cakap kat telingga dia “bah kami datang bah adik abang semua ada dekat sini bah, abah kena kuat yee, kakak ada sama sama abah ni” baca kan surah kat telinga dan syahada, sempat minta maaf buat kali terakhir “abah akak minta maaf” lillahi, air mata abah keluar dan bibir dia bergerak Allah dia dengar apa i cakap Allah lepastuh i cakap abah dengar ea suara akak, takpa bah jangan banyak fikir bah INGAT ALLAH BAH INGAT ALLAH YAA! LEPASTUH mesin tuh bunyi mesin tuh bunyi!!!!! Aku dah mengigil panic attack aku dah sampai tak boleh nak control aku pergi belakang air mata non stop tak berhenti, doa baca yassin dan berharap ada keajaiban. start semalam bah kuat betol rindu kakak pada Abah, jangn risau bah akak selalu doakan untuk abah setiap kali rindu, air mata akak laju bah keluar, kakak rapat sangat dengan abah, penat susah senang, sakit, apa apa akak semua luah kat abah, abah sangat baik, lemah lembut, tak pernah marah, mana mungkin semua orang suruh sabar 😔 tak semudah itu. dari 10hb abah masuk hospital akak lama dah redha akak dapat banyak alamat yang abah nak tinggalkan akak, akak kena terima sebab semua akan pergi juga. nanti kita jumpa dekat sana yeee. Al fatihah (dibaca) Ahmada bin Mohamad 14.5.2025 ❤️

♬ Sampai Menutup Mata Piano – DNP

Rasa rindunya terhadap arwah abahnya begitu mendalam, namun Namera reda dengan ketentuan Ilahi. Jelasnya, arwah abahnya itu seorang yang baik, lemah lembut, dan tak pernah marah.

Al fatihah buat pakcik ini, Ahmada bin Mohamad. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan kehilangan orang yang tersayang. 

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |