Tular video memaparkan seorang individu dipercayai kanak-kanak memakai kostum katak sambil mengusung tips box untuk meminta sedekah mengundang perhatian pengguna media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @riz_creative.dev, situasi itu berlaku di sekitar kawasan parkir sebuah pasar yang terletak di Kota Bharu.
Rakaman itu memaparkan seorang kanak-kanak menghulurkan wang sedekah kepada kanak-kanak yang berkostum katak yang sedang duduk di atas bangku.
Artikel berkaitan: “Mak meninggal, ayah dalam penjara” – Budak Lelaki Ditemui Tinggal Sendirian Di Dobi
Artikel berkaitan: “Mana ibu ayahnya?” – Tular Video Budak-budak ‘Pow’ Orang Siap Ugut Guna Pedang Mainan
Individu yang merakam situasi itu berasa kasihan melihat anak kecil terbabit yang sanggup berpanas mencari rezeki.
Malah, dia berasa bimbang kanak-kanak terbabit sedang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan semata-mata.
“JKM & PDRM mana? Kanak-kanak tak boleh dibiarkan tanpa penjaga atau dieksploitasi,” tulisnya.
Dia kemudian mendekati kanak-kanak itu tetapi hanya memberikan coklat dan snek sahaja. Katanya, sudah berjam-jam kanak-kanak tersebut dalam kostum katak dan bimbang jika dia berasa panas memandangkan di situ adalah kawasan parkir dalam bangunan.
“Semoga adik ni tidak tergolong dalam cengkaman sindiket atau silent suffering,” tulisnya di ruangan komen.
@riz_creative.devaku yg pakai t-shirt pun dh berpeluh kemarau ni😕 #jkm #katak #lotus #kotabharu #snack
Ramai mengadu sering nampak kanak-kanak minta sedekah
Rata-rata netizen yang melihat video terbabit berasa kasihan dengan nasib si kecil terpaksa mengutip sedekah.
Ramai juga yang berkongsi sering melihat situasi seumpama ini beberapa tempat lain dan tidak bersetuju dengan aktiviti yang tidak sepatutnya berlaku terhadap kanak-kanak.
Dalam pada itu, ada juga yang menegur sikap ibu bapa yang membiarkan anak mereka keluar tanpa pengawasan bagi mencari rezeki.
Harap pihak berkuasa dapat tangani isu ini.
Sumber: TikTok