perempuan murah firdaus ghufran

Pelakon Firdaus Ghufran tampil bersuara mengenai isu melibatkan adiknya, Muntazar Ghufran dengan bekas tunangnya yang juga aktres, Saidah Kamarudin.

Melihat isu yang ditimbulkan oleh Saidah sehingga kecoh di media sosial, Firdaus menyatakan pelakon tersebut sudah melampau dan dia akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Firdaus turut melabelkan wanita itu dengan kata-kata yang cukup pedas termasuk memberi amaran supaya menjauhkan diri.

“Jauhkan diri kau dari adik aku, perempuan murah!” tulisnya.

IMG 4758

Artikel berkaitan: “Dah tau dia macam tu nak tunang juga kenapa?” – Bella Dowanna Selar Saidah, Cakap Bekas Tunang Tak Ada Duit

Artikel berkaitan: Putus Tunang? Peguam Jelaskan Individu Boleh Saman Bekas Pasangan Sebab Batal Perkahwinan

Selain Firdaus, rakan-rakan Muntazar yang lain termasuk Bella Dowanna turut membela nasib aktor berkenaan.

Mereka menyelar sikap Saidah yang menghebahkan punca pembatalan pertunangannya kepada umum.

Screenshot 2025 06 04 144641

Saidah terdahulu mendakwa puncanya memutuskan pertunangan kerana bekas tunangnya itu hanya mempunyai RM500 di dalam akaun bank dan menganggap Muntazar tidak layak untuk berkahwin.

Bagaimanapun, Bella Dowanna membidas kenyataan itu sambil mendakwa rakannya iaitu Muntazar tidak berkemampuan selepas membelanjakan hampir kesemua wangnya sepanjang menjalinkan hubungan dengan Saidah.

Sementara itu, Muntazar menerusi hantaran di Insta Story menyatakan bahawa adalah lebih baik dirinya kini berdiam diri terhadap isu berkenaan kerana ia melibatkan soal maruah.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.