“Jantung dah stop, muka jadi biru” – Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Hilang Nyawa Kerana Belon

6 hours ago 3

Ada kalanya kita tak sedar bahawa bukan sahaja alatan tajam, benda-benda biasa pun boleh membawa kemudaratan terhadap anak kita yang masih kecil. Jadi, amatlah penting buat para ibu bapa untuk memantau setiap gerak geri anak mereka terutamanya yang masih kecil.

Kisah daripada seorang ibu yang sebagai Nurul Huda Zulkhairi ini adalah antara satu contoh yang perlu dijadikan panduan buat kita semua. Dia menghadapi satu detik cemas apabila dia hampir kehilangan anaknya hanya kerana sebiji belon yang masih belum ditiupkan.

Artikel berkaitan : “Kalau abah ada salah & silap abah mohon ampun & maaf” – Anak Kongsi Video Pilu Terakhir Bapa Sebelum ‘Pergi’

Artikel berkaitan : Letih Main Game Hingga Lewat Malam, Pemuda Ini Cemas Tak Dapat Tutup Mulut Lepas Menguap Terlalu Kuat

499970059 23942818108675019 5139364821314107744 n

Pada 20 Mei 2025 lepas, Nurul Huda mengadakan satu majlis sambutan hari lahir buat anak kesayangannya dan hari itu dikatakan agak bermakna kerana anaknya begitu gembira apabila kawan-kawan dan guru dari zaman tadika hadir untuk meraikan majlis tersebut.

Saat dirinya sibuk melayan tetamu yang hadir, dia melihat anaknya itu sedang bergembira dengan kawan-kawannya di dalam rumah. Namun ketika dia ada masa terluang sebentar untuk makan dan berborak bersama rakan-rakannya, adik iparnya memaklumkan kepada suaminya bahawa anaknya kelihatan seperti semput.

499716400 23942100488746781 2542193613250970291 n

Memandangkan anaknya pernah kena serangan asthma, suaminya terus ambil gas untuk diberikan kepada anaknya, bagaimanapun suasana jadi tegang apabila anaknya, Uwais itu tiba-tiba ‘membiru’, lebih membimbangkan lagi jantung anaknya terhenti.

“Tanpa lengah masa, suami saya cakap dekat kawan, dah jom ke Hospital skrg. Masa ni suami saya cakap 50-50 untuk survive sebab jantung dia dah stop. Muka Uwais jadi biru.”

“Kawan suami saya Dr Rafiq dengan pantas membawa kereta sangat laju ketika ini, dan sambil bagi arahan dkt suami saya kena buat apa. Time ni suami saya dah blur, nak kena buat apaa. Anaknya terkulai kaku kebiruan atas riba ayahnya.”

Dalam keadaan panik, suaminya membuat CPR kepada Uwais untuk pastikan darah mengalir ke seluruh badan dan sesampai di hospital, semua doktor dan jururawat bertungkus lumus untuk menyelamatkan Uwais dan mendapati ada belon tersekat di dalam saluran pernafasan anaknya.

Boleh baca cerita penuh di sini.

Bagaimanapun, keadaan anaknya kini selamat setelah doktor mengeluarkan belon tersebut sebelum melakukan CPR.

Difahamkan, jantung Uwais terhenti selama 15 minit dan mengalami bengkak sedikit di bahagian otak. Menurut perkongsian Nurul Huda di Facebook miliknya, Uwais kini sedang dirawat di hospital dan kini masih diberikan ubat tidur dan masih dalam bantuan pernafasan.

Uwais juga dikatakan menjalani penambahan darah kerana ada kesan pendarahan di bahagian paru-paru akibat CPR. Namun begitu, buat masa ini, tekanan darah, nadi dan oksigen semua dalam keadaan stabil.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |