janin bayi di tandas stesen minyak

Tular di media sosial apabila janin bayi dalam keadaan cukup sifat telah ditemui dalam tandas sebuah stesen minyak di Pontian, Johor semalam.

Difahamkan, janin bayi cukup sifat itu telah ditemui oleh seorang pekerja stesen minyak tersebut dalam mangkuk tandas premis berkenaan pada Jumaat lalu.

janin bayi ditemui dalam tandas

Susulan penemuan itu, pekerja stesen minyak tersebut kemudiannya terus menghubungi pihak polis, lapor Sinar Harian.

Menurut Polis Daerah Pontian, kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: Dengar Tangisan, Bayi Lelaki Berbalut Kain Ditemui Di Kawasan Semak Oleh AJK Surau

Artikel Berkaitan: “Tolong jangan halau saya” – AJK Surau Bantu Wanita India, Ditemui Dalam Keadaan Cemas Bersama Bayi

Untuk proses bedah siasat, janin bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Turut tular di media sosial ialah video anggota bomba sedang mengeluarkan objek dipercayai janin tersebut daripada tandas stesen pam minyak berkenaan.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut telah pun dikenal pasti oleh pihak polis. Namun, wanita tersebut sedang berada di hospital kerana sedang menerima rawatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.