Jangan Lepaskan Peluang! NTW 2025 Tawar Pelbagai Kursus Secara Percuma!

1 day ago 18

Kalau kita tengok senario dunia pekerjaan sekarang, semakin banyak perubahan demi perubahan yang berlaku. Kalau dulu, sesi brainstorming akan makan masa, kini dengan adanya kecerdasan buatan atau AI, semuanya jadi singkat dan mudah. 

Secara tak langsung kita sebagai individu kena melengkapkan diri dan beradaptasi dengan perubahan tersebut sekiranya tidak ingin ketinggalan terutamanya dalam dunia pekerjaan yang umum ketahui terlalu banyak persaingan. 

Oleh itu, HRD Corp dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengadakan National Training Week (NTW) yang merupakan tahun ke-3 diadakan dan bakal memberi manfaat kepada lebih sejuta individu. 

Karnival Pembelajaran Terbesar Negara

Selain itu, bersempena dengan NTW 2025 ini juga, akan diadakan karnival pembelajaran pada 14 & 15 Jun 2025 di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang mana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti para pengunjung. 

Lebih menarik, karnival yang diadakan secara PERCUMA ini juga akan ada penampilan khas oleh Ejen Ali serta persembahan daripada kumpulan Bunkface dan Alif Satar & The Locos! 

image3

Kalau korang mahukan aktiviti sihat atau aktiviti berkaitan gaya hidup, apa kata sertai aktiviti yoga bersama Atilia Haron. Kalau nak lebih mencabar, cubalah sertai bengkel skateboarding yang terbuka kepada semua peringkat umur. Pengenalan kepada sukan golf dalam bengkel golf pun ada tau! Jadi untuk mereka yang mahu menceburi aktiviti tersebut, jangan lepaskan peluang untuk meriahkan lagi karnival ini.

Selain pameran informatif, untuk anak-anak juga ada macam-macam aktiviti menarik yang disediakan tau! Antaranya ada LEGO Robotics Education oleh Sasbadi, pengenalan kepada robotik dan coding menggunakan LEGO, pameran STEM oleh Petrosains, pertandingan mewarna oleh Faber-Castell  dan juga pertandingan e-Sports! 

Tak dilupakan, untuk korang yang nak belajar gunting rambut atau yang minat solekan pula, boleh sertai Bengkel Gunting Rambut oleh Nimroc Academy atau Pertandingan Solekan. Pembelajaran Kemahiran Digital, Kelas seni untuk anak-anak dan remaja, Zon Halal dan kelas bersama pempengaruh terkenal seperti Pinn Yang dan juga Dr. Malar pun ada tau! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berguru dengan diorang ni pada hari tersebut. 

Untuk ulat buku yang terlepas pesta buku baru-baru ni, apa kata korang pergi ke pesta buku Big Bad Wolf yang akan diadakan sempena karnival 2 hari tersebut. Apa yang penting, selain itu juga, akan ada persembahan busking, ruang rehat Rest N Go, pesta buah-buahan tempatan dan juga kopi percuma dari Koppiku.

Acara perasmian akan diadakan pada 14 Jun bermula seawal 8.30 pagi dengan pameran dari pelbagai agensi yang terlibat, persembahan dari Bunkface serta pelbagai lagi program sempena perasmian yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

NTW 2025

Kalau korang nak tahu, NTW 2025 menawarkan akses percuma kepada pembelajaran dan pembangunan berkualiti kepada orang ramai dalam pelbagai bidang dalam usaha mempersiapkan kerjaya masa hadapan, merapatkan jurang kemahiran dan secara tak langsung, memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat serta peningkatan kemahiran. Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk ‘upskill’ diri korang dan tambahkan kemahiran. Lagi cantik lah resume korang tu nanti. 

Di samping itu, bertepatan dengan Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) 2025, NTW tahun ini meluaskan lagi jangkauan ke peringkat serantau dan mewujudkan kerjasama untuk pertumbuhan kemahiran dan pengetahuan di seluruh ASEAN dengan tema ‘Pembelajaran Tanpa Sempadan’

Tumpuan & Bidang Utama

NTW 2025 menumpukan 5 perkara dan bidang utama yang terdiri daripada :

  • Kemahiran Hidup (Pembangunan peribadi dan pencapaian diri)
  • Kemahiran Masa Depan (STEM,TVET, Digitalisasi, AI dan Kejuruteraan Mesin)
  • Pembangunan Mampan (Alam sekitar, pembangunan, kesamarataan & kemakmuran)
  • Kewangan (Bank, Insurans, Pelaburan dan Teknologi Kewangan)
  • Kreativiti & Inovasi (Muzik, Seni, Budaya dan Pendidikan Kreatif)

image1 image4

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai hampir 70,000 kursus yang tersedia oleh ribuan penyedia kursus yang meliputi 39 bidang kemahiran secara PERCUMA! Antara contoh kursus yang boleh disertai seperti Contract Law, Pemasaran TikTok untuk perniagaan, Solusi Kewangan Islam, Skill Menerbangkan Drone dan macam-macam lagi lah! 

Untuk pengetahuan, NTW 2025 telah menarik sehingga 320,000 penyertaan individu dari dalam dan luar negara dan lebih ramai lagi dijangka mendaftar untuk mengikuti ribuan kursus yang ditawarkan secara percuma ini. 

Untuk mereka yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan secara percuma, boleh layari laman web rasmi NTW 2025

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |