Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki dari negara jiran membuat kandungan yang menunjukkan keadaan dirinya berada di neraka. Video yang tular itu mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed.
Terpanggil dengan kandungan itu, pemilik nama sebenar Syed Mohd. Bakri Syed Ishak tampil bersuara memberikan teguran kerana baginya tindakan lelaki tersebut seolah-olah mempersendakan agama Islam.
Tegasnya, neraka bukanlah satu tempat yang boleh dijadikan bahan jenaka.
Artikel berkaitan : Nora Danish Jual Semua Kasut Tumit Tinggi Lepas Baca Tentang Azab Neraka al-Hutamah
Artikel berkaitan : Dedah Drama Bidaah Dari Pengalaman Sendiri, PU Syed Minta Erma Fatima Buat Laporan Polis
“Ada seorang individu dari negara seberang melakukan ‘content’ konon-konon berada di dalam neraka. Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam neraka.”
“Kita sebagai umat perlu mohon kepada Allah, elakkan diri dari dimasukkan dalam api neraka. Tiba-tiba, orang itu buat konten sedemikian.”
Susulan itu, beliau turut menggesa agar pihak berkuasa di Indonesia untuk mengambil tindakan terhadap individu yang baginya telah menghina kitab Allah SWT.
“Saya minta pihak berkuasa di Indonesia ambil tindakan terhadap individu tersebut, mungkin dia kurang waras atau tidak betul. Andai dia tidak waras, berikan rawatan kepadanya.”
“Jika dia orang Islam, kenakan tindakan kerana telah menghina kitab Allah dan jika dia kafir, tunggulah azab Allah yang sebenar-benarnya.”
Dalam video tular tersebut, lelaki itu didakwa menggunakan model kecerdasan buatan (AI) generatif baharu, Veo 3 untuk hasilkan video dirinya dikelilingi dengan api.
Sumber : Kosmo!