Ini Sebab Kenapa Korang Kena Singgah Ke Pameran Barang Kemas Terbesar Di Malaysia Jun Ini

5 hours ago 5

Kalau korang suka tengok barang kemas atau memang ada plan nak beli cincin, gelang, rantai atau batu permata, korang memang tak boleh lepaskan untuk pergi ke acara besar ni.

Malaysia International Jewellery Fair (MIJF) 2025 bakal berlangsung dari 27 hingga  30 Jun 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kalau korang nak tahu, ini bukan sekadar pameran biasa, tapi ia merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai jenama terbaik dari seluruh dunia.”

Jom tengok apa yang ada kat sana!

1. Satu-satunya pameran barang kemas terbesar di Malaysia

190714 716

Dilancarkan sejak tahun 2003, MIJF yang disokong oleh badan kerajaan dan industri global ini telah menjadi salah satu pameran barang kemas paling menonjol di Asia Tenggara.

Lebih menarik, pameran ini bukan hanya untuk pembeli borong atau peruncit, malah dibuka untuk orang awam yang ingin melihat sendiri koleksi-koleksi terkini dari pelbagai jenama terkenal.

Dengan pelbagai jenis barang kemas seperti emas, perak, berlian, mutiara dan batu permata, MIJF adalah lokasi terbaik untuk mereka yang menghargai keindahan perhiasan.

2. Barang mewah dengan harga mampu milik

GEM077

Kalau korang fikir barang kemas mesti mahal untuk nampak mewah, korang perlu datang sendiri ke MIJF. Ramai pengunjung sebelum ini berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Sama ada korang tengah cari perhiasan untuk majlis khas, hadiah untuk insan tersayang atau sekadar reward untuk diri sendiri, MIJF tawarkan pelbagai pilihan ikut bajet dan cita rasa.

3. 70+ Jenama Dari 12+ Negara Menanti Korang

IMG 4792

Tahun ini, lebih 70 jenama tempatan dan antarabangsa dari lebih 12 negara akan menyertai MIJF 2025. Ini bermaksud korang boleh explore pelbagai gaya, teknik rekaan dan budaya perhiasan dari seluruh dunia, semuanya di bawah satu bumbung.

IMG 4809

Tak perlu ke luar negara untuk tengok barang kemas dari Itali, Jepun, Hong Kong dan banyak lagi. Semua dah tersedia untuk korang pilih dan bandingkan.

MIJF2018 Day2 53

4. Bengkel dan seminar percuma

door gift workshop.jpg

Selain membeli-belah, korang juga boleh join bengkel eksklusif dan sesi ceramah santai sepanjang pameran. Banyak info menarik akan dikongsikan termasuk cara penjagaan barang kemas, tips kenal pasti batu permata asli, dan macam-macam lagi.

double tech gold polishing seminar.jpg

Sesuai untuk peminat baru mahupun pengumpul lama, aktiviti ini akan beri korang ilmu yang berguna dan pengalaman yang lebih bermakna sepanjang lawatan.

5. 500 pengunjung terawal berpeluang dapat mutiara eksklusif

Tak cukup dengan itu, 500 pengunjung pertama yang hadir ke MIJF 2025 setiap hari akan menerima brooch mutiara eksklusif secara percuma. Brooch ini direka khas dan tidak dijual di mana-mana dan hanya boleh didapati di pameran ini sahaja.

door gift 2.jpg

Selain tu, korang juga boleh sertai promosi Spend & Redeem di mana setiap pembelian di pameran melayakkan korang untuk tebus hadiah-hadiah menarik. Memang rugi kalau tak datang awal.

DPP66666671

Tandakan kalendar korang sekarang. Malaysia International Jewellery Fair (MIJF) 2025 berlangsung dari 27 hingga 30 Jun 2025 di KLCC. Masuk adalah percuma dan pengalaman yang menanti memang takkan dapat kat tempat lain.

DSC01740

Kalau korang nak mendaftar sebagai pengunjung atau nak tahu maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi di www.mijf.com.my. Korang juga boleh follow Instagram dan Facebook rasmi MIJF untuk kemas kini terkini.

Jumpa korang kat sana.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |