ft ibu arwah adib

Ibu kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),  Muhamad Adib Azim Halim iaitu Rus Lina Abd Razak tidak mampu menahan sebak apabila menatap hadiah terakhir yang diberikan arwah kepadanya sebelum terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Perak pada Isnin lalu.

Tangisan ibu itu dilihat menerusi satu video lawatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin ke rumah keluarga arwah. Dilihat ibu kepada arwah Adib menunjukkan hadiah yang berbentuk sejambak bunga sambil menangis terasak-esak membaca ucapan daripada arwah.

Artikel berkaitan :

Artikle berkaitan :

“Ini saja yang adik mampu bagi hadiah buat ibu”. 

Selepas membaca ucapan tersebut, Husaimi Hussin dengan nada sebak menjelaskan bahawa adik Adib seolah-olah memberi satu gambaran bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

@miechehussin_.off

” ini saja yang adik mampu bagi hadiah buat ibu”. kata- kata terakhir Adik Muhamad Adib Azim Halim ketika memberi hadiah hari lahir ibu tercinta pada sabtu, Hari Raya Adiladha. #pelajarupsi #gerik #adunhulubesut

♬ Menyentuh Hati – Yuda Pratama

Biarpun kemalangan tersebut telah meragut nyawa anaknya, bapa kepada arwah adik Adib tidak berdendam dan memaafkan pemandu bas tersebut.

“Saya maafkan pemandu bas, apa yang berlaku ini takdir. Tiada dendam terhadap dia.”

Menurut Halim Sidik, kehilangan anak ke-6 daripada 7 orang adik beradik itu sudah menjadi ketentuan ilahi.

“ALLAH sayang Adib. Apa yang berlaku, kami reda dan tiada dendam terhadap pemandu walaupun banyak cerita yang dihebohkan berkenaan dirinya.”

Screenshot 2025 06 11 161335

“Anak kami pergi dengan baik. Saya fikir pemandu pun ada keluarga, dia juga tidak berniat untuk membawa laju. Soal maaf, biarlah dia pohon kepada Tuhan,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Satu kemalangan ngeri berlaku kepada Isnin lalu apabila sebuah bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI hilang kawalan sehingga menyebabkan bas yang membawa pelajar daripada institut tersebut terbalik dan berlaku pelanggaran yang mengorbankan 15 nyawa penuntut yang berada di dalam bas tersebut.

Sumber : TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.