kes terjatuh dari tingkat 30 di Bukit Jalil

Semalam, seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 30 sebuah bangunan kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

gambar hiasan bayiGambar Sekadar Hiasan

Susulan insiden tersebut, video kejadian tersebut telah tular di media sosial.

Terkini, seorang wanita yang dipercayai merupakan staf pengurusan kondominium itu memohon agar video insiden tersebut dipadam dan dihentikan dari terus dikongsikan di media sosial, lapor Kosmo.

Wanita tersebut menerusi ruangan komen di Facebook telah mengatakan bahawa dia terpaksa mengambil gambar kejadian tersebut untuk membuat laporan kejadian.

kes kanak kanak jatuh dari tingkat tinggi

Artikel Berkaitan: “Saya harap dia selamat” – Tular Video Budak Empat Tahun Jatuh Kondo, Lelaki Meratap Di Sisi Jasad

Artikel Berkaitan: Polis Tahan Ibu & Bapa Saudara Mangsa Untuk Bantu Siasatan Kes Kanak-kanak Jatuh Dari Tingkat 30 Pangsapuri

Selain itu, individu berkenaan juga mengatakan bahawa ibu mangsa telah memaklumkan bahawa dia tidak rela arwah video dan gambar arwah anaknya diambil untuk disebarkan.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.