Minggu lalu, kita dikejutkan dengan pesawat Air India yang terhempas di Ahmedabad, India. Pesawat yang membawa 230 penumpang serta 12 anak kapal itu menuju ke London Gatwick Airport.
Dalam 242 orang yang terlibat dalam kemalangan itu, hanya seorang yang terselamat iaitu Vishwashkumar Ramesh lelaki India warga Britain.
Artikel berkaitan: Duduk Berhampiran Pintu Kecemasan, Mangsa Tunggal Terselamat Kongsi Detik Cemas Nahas Air India
Artikel berkaitan: Pesawat Ringan Hilang 48 Jam, Kesemua Mangsa Ditemui Selamat
Seorang ahli perniagaan dari Britain mendedahkan bahawa tempat duduk 11A yang diduduki oleh Ramesh sepatutnya diduduki olehnya.
Owen Jackson sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad untuk pulang ke Britain pada Khamis lalu.
Dia bagaimanapun terpaksa menukarkan penerbangannya kepada hari Sabtu atas faktor kerja yang memerlukan dia tinggal di India lebih lama daripada tarikh dirancang.
Lebih mengejutkan, Jackson diletakkan di kerusi bernombor 11A, di mana satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas itu duduk.
“Ia adalah satu kejutan. Saya sangat bersyukur. Ia juga satu kebetulan yang aneh.
Anda sering mendengar tentang pesawat terhempas dan tidak mengendahkannya. Namun, apabila ia merupakan pesawat yang sepatutnya anda naiki, ia membuatkan anda berfikir panjang,” katanya.
Sebagai info, nahas pesawat Air India ini merupakan antara kemalangan penerbangan yang paling teruk di India.
Sumber: Kosmo!