gajah melawat kedai runcit di Thailand

Sudah sering kita dengar pelbagai kejadian di mana gajah menceroboh kawasan rumah atau tanah pertanian manusia. Lazimnya, perkara ini berlaku apabila ekosistem hutan yang menjadi habitat haiwan itu terganggu.

Namun, di Thailand pula, seekor gajah comel telah menjadi perhatian ramai apabila ia dilihat melawat ke sebuah kedai runcit di negara itu.

Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam sebelum ia dikongsikan di platform media sosial.

@nbcnews

An elephant caused chaos in a grocery store in Thailand when it walked in and began to help itself to snacks.

♬ original sound – nbcnews – nbcnews

Artikel berkaitan: Ibu Gajah Sudah Bawa Diri, Kini Sertai Kawanan Di Habitat Asal Di Taman Negeri Royal Belum

Artikel berkaitan: “Ganggu ekosistem” – Ramai ‘Complaint’, Ini Sebab Kenapa Lampu Di Laluan Gerik-Jeli Tidak Dipasang

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, dapat dilihat bahawa gajah itu telah memasuki ruang dalam kedai runcit itu namun ia dilihat tidak merosakkan barangan jualan kedai berkenaan.

Namun, gajah tersebut berjaya mengambil sembilan paket rice crackers, sanwic dan beberapa biji pisang.

Menurut perkongsian video NBC News, difahamkan, gajah itu bukanlah sesuatu yang asing di kawasan tersebut kerana kedai runcit terbabit juga terletak berdekatan dengan Taman Negara Khao Yai di Thailand.

Sumber: TikTok NBC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.