Didakwa Ada Penyakit Nyanyuk, Warga Emas 82 Tahun Tak Ingat Sebab Kenapa Aniaya Anjing Sambil Tunggang Motor

7 hours ago 5

BAru-baru ini tular satu video memeprlihatkan seorang lelaki warga emas di Kedah menunggang motor sambil menyeret anjing yang diikat di belakang motornya.

Difahamkan orang awam yang menyaksikannya terpaksa menahan lelaki tersebut untuk menghentikan perbuatan itu. Memetik laporan Sinar Harian, kejaidan itu dipercayai belaku di Bandar Puteri Jaya, kira-kira jam 4.30 petang.

Artikel berkaitan : Tular Foto Warga Emas Cabul Kanak-kanak, Polis Nafi Dakwaan Lepas Ibu Mengaku Jiran Nyanyuk

Artikel berkaitan : Polis Sedang Kesan Individu Bawa Anjing Ke Restoran Mamak

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan pemilik anjing itu dan dikatakan dia tidak mahu lagi memeliharanya sejak dibela pada 4 bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Screenshot 2025 06 17 171133

Tegas beliau lagi, lelaki berusia 82 tahun itu telah ditahan polis di rumahnya yang terletak di Bandar Puteri Jaya. Menurut beliau, polis telah merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 merah, anak kunci, cukai jalan dan topi keledar untuk membantu siasatan.

“Barangan rampasan turut dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.Hasil siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.”

Tangkapan itu dibuat susulan dengan laporan polis dariapda seorang penagdu yang memaklumkan mereka terlihat rakaman video yang tualr di Facebook jam 5.30 petang semalam.

Screenshot 2025 06 17 171204

“Hasil siasatan lanjut mendapati, warga emas itu menghidap penyakit nyanyuk atau pelupa.”

“Setakat ini dia mengaku menarik anjing terbabit yang juga haiwan peliharaannya sendiri tetapi tidak mengingati mengapa melakukan perkara itu.”

“Warga emas itu hanya menyedari kejadian itu selepas ditahan oleh orang awam semasa kejadian.”

Screenshot 2025 06 17 171148

Katanya lagi, orang awam kemudiannya telah menghantar anjing tersebut ke sebuah klinik haiwan dan sedang dapatkan rawatan dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Veterinar selepas selesai dapatkan rawatan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |