Sejak-sejak akhir ini, mesti ramai yang tak sedap hati kalau nak travel menaiki bas, kan? Tragedi kemalangan bas yang dinaiki pelajar UPSI sehingga meragut 15 nyawa itu betul-betul membuatkan ramai di kalangan kita terkesan.
Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang penumpang kedengaran menegur seorang pemandu bas yang didakwa telah memandu kenderaan tersebut secara berbahaya.
Dalam hantaran yang dikongsikan @lahabdul88, kedengaran suara berang seorang penumpang yang juga didakwa abang ipar kepada pemilik akaun TikTok tersebut menegur pemandu bas untuk membawa kenderaan tersebut dengan lebih cermat.
Hang tak fikir nyawa orang lain? Hang b*doh ke? Aku sabar daripada tadi, jangan sampai aku buat gila. Hang nak mamp*s, mamp*s sorang-sorang, aku fikir nyawa orang lain,” marah penumpang tersebut.
@lahabdul88Nasihat Dah Bagi Siap Dia Suruh Kita Pulak Bawak Bas..Ini Makan Dia…Harap Hang Menyesal Kerja Sebagai Driver Bas Lepas Ni…KL > Mersing SMM7773 Bas Plate Number
♬ original sound – Lah Abdul Empire – Lah Abdul Empire
Menurut kapsyen video, penumpang berkenaan sudah pun memberi nasihat kepada pemandu bas tersebut namun disuruh pula untuk membawa bas itu.
Bas itu didakwa membawa penumpang daripada Kuala Lumpur ke Mersing, Johor. Menurut BFM, pemandu tersebut kemudian telah memperlahankan pemanduannya susulan menerima ‘teguran’ daripada penumpang.
Bas itu juga dilaporkan tiba di destinasi dengan selamat. Alhamdulillah…
Artikel berkaitan: “Brek, tayar semua OK” – Laporan Awal Puspakom Nafikan Masalah Mekanikal Jadi Punca Nahas Bas UPSI
Artikel berkaitan: Kes UPSI: JPJ Nak Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah
“Puas hati dengar brother ni marah”
Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata bersetuju dengan tindakan penumpang tersebut yang menegur pemandu bas itu.
Malah ada juga yang mendakwa pemandu sering kali membawa bas laju jika memandu pada waktu malam.
Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen yang meminta pemilik video tidak perlu menegur sehingga memaki hamun dan sebaiknya terus membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Apa-apapun syukurlah bas ini selamat sampai ke destinasi. Harap pemandu bas lepas ni bawalah kenderaan itu dengan lebih berhati-hati.