Semalam, Lobak Merah ada berkongsi tentang kes seorang lelaki bertindak ganas mengelar leher isterinya hingga mati di Bukit Gambir, Johor.
Suspek yang berusia 33 tahun itu turut membakar empat kenderaan di rumah mentuanya dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.
Artikel berkaitan: Kes Suami Kel*r Isteri: Suspek Tiba-Tiba Laung ‘Allahuakbar’ Dalam Lokap
Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Ungkit Kisah Lama Punca Suami Kel*r Isteri
Bapa longlai tatap jenazah anak
Malam tadi, jenazah mangsa tiba di kediaman ibu bapanya di Kampung Pengkalan Kota dari Hospital Melaka sebaik selesai bedah siasat.
“Kalau dia meninggal sebab sakit, saya boleh terima lagi. Tapi, ini dia pergi dalam keadaan sebegitu. Itulah buatkan saya tidak boleh terima.”
Kata-kata itu diluahkan bapa mangsa, Junus Kassim, 74, dalam keadaan longlai hingga memaksa ahli keluarganya memapah serta menenangkan keadannya sebaik sahaja melihat wajah jasad anaknya, Iecah.
Suasana di kediaman keluarga itu terus diselubungi pilu apabila isterinya, Fatimah Seman, 63, dan tiga anaknya yang lain juga tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja diberi peluang menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.
Dalam pada itu, air mata mengiringi upacara pengebumian arwah ketika dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Durian Chondong untuk disemadikan pada 8 malam tadi.
Difahamkan, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada konflik dalaman keluarga.
Sumber: Harian Metro