Sehingga ke hari ini, berita mengenai mangsa nahas di Gerik pada awal pagi Isnin masih lagi menjadi tangisan orang ramai.
Pelbagai kisah kebaikan dan kenangan yang dikongsikan mengenai mangsa-mangsa yang terkorban.
Salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban, Nurly Shahirah Azman, 23, menjadi antara topik yang ditularkan di media sosial. Pemergiannya menjadi sebutan kerana Allahyarham merupakan seorang hafizah 30 juzuk al-Quran.
Turut didedahkan, Allahyarham meninggalkan beberapa koleksi tahriri yang ditulis sendiri. Menurut abangnya, Mohd Najmuddin Azman, Nurly Shahirah suka menulis satu al-Quran menggunakan tangan bagi menguatkan hafalannya.
Artikel berkaitan: “Arwah simpan cita-citanya sejak kecil untuk jadi pendidik” – Hafizah Al-Quran Antara Yang Terkorban Nahas Bas Di Gerik
Artikel berkaitan: “Ini sahaja adik mampu” – Hadiah Hari Lahir Buat Ibu Dari Arwah Adib Hazim Buat Ramai Sebak
Pemandu van jenazah kongsi pengalaman urus jenazah
Sementara itu, menerusi perkongsian Najmuddin di Facebook, seorang pemandu van jenazah berkongsi pengalaman istimewa ketika menguruskan jenazah Nurly Shahirah.
“Perkongsian driver van jenazah tentang arwah Nurly Shahirah semasa dibawa pulang. Katanya semasa otw ke sana driver ini memang berhajat untuk bawa arwah naik dengan beliau.
“Ditakdirkan oleh Allah beliau dapat membawa jenazah dan jenazah arwah sangat-sangat harum dan tak dapat digambarkan bagaiman bauannya di dunia. Hebatnya kau dik. Amalan apa lagi kau buat kami tak tahu dik,” katanya.
Menurut Roslee Hamzah, 57, selepas urusan menghantar jenazah, dia menjemur kenderaan seperti rutin biasa.
Kemudian, dia datang kembali ke van untuk mengambil barang yang tertinggal. Apabila dia membuka pintu kenderaan, dia terhidu satu aroma yang tidak boleh digambarkan.
“Saya kenal bau kenderaan (van jenazah) saya tetapi bau ni, datang satu bau yang halus-halus sangat, wangi yang saya tak boleh nak gambarkan,” ujarnya.
Katanya, berkali-kali dia membuka pintu kenderaan untuk mengesahkan bau haruman tersebut. Namun, ketika dia menceritakan pengalaman ini, bau haruman itu sudah tiada.
Terharu mendengar kisahnya. Semoga kesemua mangsa korban ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Sumber: Facebook