Semalam, tular kenyataan yang dikeluarkan pelakon wanita, Saidah Kamarudin yang mendedahkan punca pertunangannya dengan aktor, Muntazar Gufran putus.
Menurutnya, sebab dia mahu memutuskan pertunangan itu adalah kerana Muntazar hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja di dalam bank.
@mstarmalaysiaTakut pula tengok Saidah marah… TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE MSTAR ONLINE MALAYSIA #sembangentertainment FYP
♬ original sound – mStar Official – mStar Official
Ya betul, kami putus tunang adalah sebab Muntazar tidak ada duit. Saya pernah jumpa dia menangis-nangis sebab tidak mahu teruskan hubungan ini.
“Dia cuma ada RM500 sahaja dalam akaunnya. Macam mana mahu jaga anak orang kalau ada itu sahaja? Awak (Muntazar) cuma ada duit untuk sara hidup sendiri sahaja.
“Awak tidak patut kahwin, awak perlu cari kerja ataupun sambung belajar,” katanya kepada mStar.
Artikel berkaitan: Putus Tunang? Peguam Jelaskan Individu Boleh Saman Bekas Pasangan Sebab Batal Perkahwinan
Artikel berkaitan: Kecewa Lepas Putus Tunang, Lelaki Ini Berkahwin Dengan Diri Sendiri
“Sama sama je sangkak” – Bella Dowanna
Walau bagaimanapun, kenyataan dari Saidah itu telah diselar oleh aktres, Bella Dowanna yang berasa pelik mengapa pelakon itu masih meneruskan pertunangan sedangkan dia sudah mengetahui tahap kewangan Muntazar.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella juga mendakwa Muntazar telah diperlakukan seperti ‘kuli’ yang menjadi punca pelakon lelaki itu ketiadaan wang.
Dah putus amboi bukan main, dah tahu dia macam tu nak tunang juga kenapa sis?
“Dia jadi PA awak, balaci awak, kuli awak, videographer tak berbayar content-content awak, driver awak hari-hari tau kat set. Mana tak habis duit dia??
“Dahlah diam je jangan nak bising sangat. Remember, there’s two sides of the story. Pastu dalam account kau ada RM50,000 ke? Sama-sama je sangkak,” tulis Bella.
Apa-apapun diharapkan kedua-dua belah pihak tidaklah bersengketa lagi. Sebaiknya move on lah baik-baik dan jangan bercakap buruk tentang bekas pasangan.
Sumber: Instagram