“Content sekadar hiburan” – Suami Kieda Crepe Respon Teguran Netizen

5 hours ago 5

Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe telah menarik perhatian netizen apabila dia berkongsi video memaparkan dirinya mendapat konsultasi doktor berhubung penyakit herpes yang dialaminya.

Video berkenaan telah menerima kecaman netizen kerana ramai menganggap ia sesuatu yang menjengkelkan apabila bercerita mengenai hal dalam kain kepada umum.

Susulan tularnya isu itu, suami kepada Kieda telah menerima tempias kecaman netizen dan dia yang dikenali sebagai Hilmi Zaki itu tampil bagi respon terhadap teguran netizen.

Artikel berkaitan : “Doktor, bibir saya naik biji!” – Kieda Crepe Dijangkiti Herpes, Siap Bergurau ‘Telur Suami Masam’?

Artikel berkaitan : Kritik Sampai Menghina Makanan, Wanita Tampil Mohon Maaf Dengan Kieda Crepe

@amykiedamerchadise

Jadilah orang baik walaupun tidak dilayan baik , kerana hidup hanyalah sementara dan akan berakhir dengan kematian . 🔥 @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG

♬ Kamin – EMIN & JONY

Di ruangan komen, ada netizen meminta Hilmi untuk menasihati isterinya berbanding netizen sepanjang masa.

Hilmi kemudian memberikan respon sinis dengan meminta netizen untuk bertenang kerana mendakwa isterinya tidak melakukan apa-apa dan tak perlulah gelabah dengan hal itu.

IMG 5260 1

“Apa yang nak gelabah sangat ni, content sekadar hiburan bukan realiti, come on lah 2025 dah, apa yang aku nasihat netizen, caption aku terpulang lah nak letak apa, bukan aku buat salah apa pun.”

Dalam pada itu, Kieda Crepe menerusi Instagram miliknya ada membuat satu luahan tentang isu yang berlaku.

“Buat baik orang kata, buat jahat lagi dikata, melawak cara sendiri orang terasa, melawak cara orang kita terima, susahnya jadi seketul Kieda.”

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian kami, ruangan komen telah ditutup namun posting itu meraih lebih 1,000 jumlah tanda suka dalam masa 10 jam.

Sumber : TikTok, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |