tular video cuba cabut kunci motosikal

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila beredarnya sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki menarik kunci dari motosikal yang ditunggang oleh dua orang pelajar sekolah di jalan raya berhampiran kawasan lampu isyarat di Mersing.

Dalam perkembangan terkini tentang kejadian itu, Harian Metro melaporkan bahawa lelaki yang bertindak sedemikian merupakan seorang anggota polis yang sedang bertugas.

Difahamkan, anggota polis berkenaan telah bertindak cuba mencabut kunci motosikal yang dinaiki oleh dua orang remaja itu kerana motosikal itu tidak mempunyai nombor pendaftaran.

cuba cabut kunci motosikal

Artikel Berkaitan: “Menunggang motosikal yang diubah suai” – 2 Budak Perempuan 12 Tahun Ditahan Kerana Merempit

Artikel berkaitan: “Saya dah lalui zaman rempit” – Tular Video Bapa B*kar Motosikal Sebab Anak Kerap Keluar Lewat Malam

Selain itu, motosikal yang ditunggang oleh dua remaja sekolah itu juga dipercayai mempunyai ekzos bising dan telah diubahsuai.

Oleh itu, anggota polis berkenaan yang sedang bertugas itu mahu membuat pemeriksaan ke atas motosikal remaja tersebut.

Difahamkan lagi, anggota polis itu bertindak mengikut Seksyen 24(1)b Akta Polis 1967 dan Seksyen 58(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.