ft cik b parti

Pempengaruh dan anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B menjadi tumpuan netizen selepas menayang dirinya sedang berparti di TikTok.

Difahamkan, parti itu dilakukan sempena ulang tahunnya yang ke-20. Ia sekaligus telah membuatkan netizen yang mula mempersoalkan sama ada parti hari lahir itu diadakan di kelab malam atau sebagainya.

Artikel berkaitan : Tular Video Pakcik Berdiri Rapat &Lintas Landasan Keretapi, KTMB Tampil Beri Respon

Artikel berkaitan : “Dream house Cik B” – Dato Vida Kongsi Video ‘House Tour’ Rumah Cik B Di Barcelona

Walau bagaimanpun, Cik B telah tampil membuat kenyataan bahawa sambutan hari jadinya itu bukanlah disambut di kelab malam. Bahkan, Cik B turut menegaskan bahawa tiada kehadiran alkohol sepanjang parti tersebut berjalan.

Screenshot 2025 05 30 133821

“Saya mahu jelaskan bahawa ketika ini kami semua di sebuah rumah. Ada lampu, persembahan artis tempatan, DJ dan ramai orang. Bukan kelab malam dan tiada minuman keras.”

@cikb_havoc

Ain’t no party like Cikb party #birthday #projectx #houseparty #malaysia #birthdaycikb

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Pun begitu, ramai yang menasihati Cik B untuk menjaga batas pergaulan dan juga hati-hati dalam memilih kawan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.