ft pemandu aruz

Baru-baru ini tular satu video di Facebook memeperlihatkan kereta jenis Perodua Aruz memandu dalam keadaan bahaya di mana, kereta yang dipandu itu telah melawan arus.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Skudai, Pantai Lido, Johor Bahru pada 7 Jun lepas kira-kira jam 1.41 pagi.

Artikel berkaitan : Tidak Tahu Selok Belok Jalan, Warga Emas 74 Tahun Pandu Lawan Arus Ditahan Polis

Artikel berkaitan : Lelaki Lawan Arus Di Lebuhraya SUKE Serah Diri, Hanya Tahu Tentang Kes Lepas Baca Berita

“Hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan tersebut telah membolehkan polis mengesan identiti pemilik dan pemandu kenderaan tersebut, lalu mengarahkan pendu untuk hadir ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk membantu siasatan.”

Jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini, pemilik kenderaan tersebut hadir ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan pada jam 11.30 malam.

505727070 1037952491785018 2700192094230629242 n

Hasil rakaman percakapan mendapati bahawa lelaki tempatan berusia 34 tahun itu sedang berselisih faham dengan isterinya hingga menyebabkan dirinya hilang fokus dan memasuki di laluan yang salah.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu kenderaan tersebut bebeas daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan alkohol.”

504888258 1037952498451684 1082258817006350305 n

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya. Dalam pada itu beliau turut menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Johor bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulpaka Bambo di talian 014-8861791 bagi membantu siasatan.

Sumber : Facebook, Community Roda Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.