syaz ft 2025 06 23T165245.890

Semalam, satu berita meruntun jiwa berlaku di mana anak kepada pelakon, Ainina Ahmad B dan penyanyi Rahmad Mega meninggal dunia.

Nur Ara Elisya, 15, meninggal dunia jam 2 petang semalam dan berita itu dikongsikan oleh Rahmad Mega menerusi media sosialnya.

Artikel berkaitan: Pelik Panggilan Telefon Tak Jawab, Pihak Sekolah Datang Rumah Rupanya Guru Sudah Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Khairy Terharu Nukilan Khas PMX Tentang Allahyarham Tun Abdullah, Zahir Penghargaan Kerana Izin Istiadat Pengebumian Istimewa

@

♬ –

Rahmad memaklumkan dia akan pulang ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan dan dijangka tiba sekitar jam 9.30 malam untuk menguruskan jenazah.

Dalam pada itu, luahan menyentuh hati dikeluarkan oleh ibu kepada Nur Ara iaitu Ainina Ahmad B menerusi laman Instagram miliknya.

Ainina menerusi Insta Story berkongsi perjalanan akhir anak bongsunya. Memuat naik video di dalam van jenazah, dramatis berusia 55 tahun itu sempat menitipkan doa.

cats 6

“‘Bermainlah di syurgamu. Terima kasih ALLAH beri hadiah istimewa ini,” kongsinya.

Pada Februari lalu, Rahmad mendedahkan bahawa Allahyarham yang juga orang kelainan upaya (OKU) telah menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

Menurut Buletin TV3, pembedahan itu bertujuan meluruskan tulang belakang yang membengkok 140 darjah akibat sindrom Prader-Willi, sejenis penyakit genetik jarang berlaku sejak lahir, yang menyebabkan gangguan pada fizikal, mental dan tingkah laku.

Sumber: SinarPlus, Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.