27 laporan rumah rosak lima25

Sebelum acara Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) berlangsung, sudah ada beberapa aduan daripada penduduk sekitar yang mendakwa rumah mereka mengalami kerosakan.

Beberapa buah rumah mengalami kerosakan seperti tingkap pecah dan siling rosak ekoran latihan LIMA’25 itu.

Menerusi semakan Lobak Merah, didapati berlaku lagi kejadian sama pada hari pembukaan LIMA’25.

Artikel berkaitan: Penduduk ‘Complaint’ Tingkap Pecah & Siling Rosak Gara-gara Latihan LIMA’25, MINDEF Akan Teliti Kes

@aneplgk

Hari Opening . Walaupun dah ikut advice bukak tingkap dan pintu . Tp masih kuatkan letupan ?  Safety org awam dan harta benda mereka xpenting ka bg kalian ? #LIMA25 #Kasiviral #OpeningLIMA #incidentLIMA25

♬ original sound – aneplgk – aneplgk

Terbaharu, polis memaklumkan pihaknya telah menerima sebanyak 27 laporan berkaitan kerosakan rumah penduduk sekitar berhubung isu tersebut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, polis menjalankan siasatan ke atas semua laporan tersebut dan akan diserahkan kepada pihak berkaitan bagi tindakan lanjut, lapor Kosmo!

“Tiada kejadian seperti ini pada acara sebelum ini, namun pihak polis menyiasat semua laporan tersebut.

“CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) akan membuat pemeriksaan dan setelah pengesahan dilakukan, hasil siasatan akan diserahkan kepada pihak penganjur, iaitu Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn. Bhd. (GEC) untuk dibuat pengkategorian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk terlibat supaya mengemukakan laporan yang sahih dan tidak mengambil kesempatan atas insiden berkenaan.

Pada masa sama beliau memberitahu kepada para penduduk tiada lagi persembahan gimik LIMA’25 di persekitaran Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bermula hari ini sehingga pameran berakhir Sabtu ini.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.