Lagi kemalangan melibatkan bas, kali ini sebuah bas persiaran dilaporkan terbabas dan melanggar tembok jalan ketika bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Genting Highlands.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.45 malam pada Sabtu semalam dan ia menyebabkan seramai 25 orang penumpang bas berkenaan berdepan detik cemas, lapor Sinar Harian.
Tiga orang iaitu dua penumpang dan pemandu bas itu dilaporkan telah mengalami kecederaan ringan.
Artikel berkaitan: Pelajar UPSI Yang Terkesan Dengan Kemalangan Gerik Tidak Perlu Tunda Semester
Artikel berkaitan: Nahas UPSI: Lukisan Allahyarham Mustaqim Seakan Beri Gambaran Kemalangan
Ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan ke Serdang dari Genting Highlands namun bas dikatakan telah hilang kawalan ketika melalui selekoh.
Susulan itu, bas tersebut kemudiannya terbabas dan tembok jalan telah dilanggar.
Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan mana-mana kenderaan lain.
Sumber: Sinar Harian